Thursday, 11 July 2013

RAMADHAN datang lagi....:))

alhamdulillah... hari pertama puasa berjalan dengan lancar... 28 days more to go... in shaa Allah... puasa tahun niey.. masih lagi bergelar pelajar sekolah... tapi, saya dah upgrade sikit.. pelajar pra-u... masih lg balik dengan muka penat... menarik...! hari pertama puasa dekat sekolah... tengok gelagat masing2.. dengan muka keletihan hari pertama.. kenaangaaannnnn....

aku, masih setia berbaju sekolah... setia menjadi pelajar pra-u.. honestly, sampai saat niey pun aku masih lagi tengah mencuba untuk membiasakan diri dengan suasana sekolah baru... first time dapat belajar dengan teacher bangsa india, cina... seriusly, satu pengalaman yang sangat baru untuk aku... dengan suasana belajar dan persekitaran aku yang baru... cukup untuk buat aku belajar terima segalanya... kawan2.. aku masih lagi mencari 'dia' yg bergelar kawan, sahabat dan teman aku untuk aku meneruskan perjuangan kat sini...



sedih... sangat..! aku seolah-olah masuk dunia baru.. dunia yang aku tak pernah alami sebelum niey... aku masih belum biasa dengan keadaan ini... sayu rasa hati, bila kawan yang menjadi semangat aku untuk terus setia kat sini, akhirnya... pindah ke sekolah lain... seminggu aku pergi sekolah dengan hati yang pasrah... tiap malam aku tak lena tidur... berulang-ulang kali aku fikir... betul ke ini keputusan muktamad aku...??

sebulan dah berlalu... hari niey aku masih setia dengan sekolah ini... sekolah yang bakal mencipta satu lagi lembaran kenangan dalam hidup aku... aku cuba, tengah mencuba, dan masih lagi mencuba untuk terima segalanya... mungkin ini keputusan terbaik yang harus aku lalui... sungguh, aku terima semua nya dengan rela hati... belajar subjek geografi aku tak pernah minat sebelum niey... PMR pun dapat C.. sekarang, aku kena belajar untuk jatuh cinta dengan subjek-subjek ini... pengajian am, muet, sejarah, bahasa melayu, geografi, ekonomi... please love me tooo......=) 

akhir kata, rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan, salam ramadhan dan selamat berpuasa...!

Saturday, 15 June 2013

new CHAPTER in my life...:')

satu episod kehidupan setengah tahun telah aku lakonkan... aku hanyalah pelakon yang melakonkan watak aku dalam cerita hidup aku... at all, Allah had plans everything the best for me...


bemula detik ini, aku secara rasminya bergelar pelajar pra-u kat smk saas, kajang. yea.. aku tahu banyak yang tanya kenapa nak pilih f6..? tak apply upu ke..?, tak dapat matrix ke...? asasi tak dapat ke..? taknak amik diploma ke..? dear questionners, i dont even have any answer for that... as for me, aku rasa mungkin ini jalan aku.. aku yakin, rezeki Allah ada kat mana2... mungkin bukan masa nye aku bergelar pelajar universiti... tapi, aku lebih suka jalan yang aku pilih sekarang... mungkin, ada yang malu menyarung kembali baju sekolah selepas beberapa bulan meninggalkan alam persekolahan.. yea, aku pernah rasa benda yang sama jugak... tapi, aku tepis perasaan tue jauh2... doaku... Allah, ikhlaskan hati aku untuk masuk form 6 niey..






back to alam sekolah.. bermula rutin aku setiap pagi untuk bangun dan bersiap ke sekolah.. naik bas rapid... betapa lamanya aku tinggalkan kenangan tunggu bas setiap pagi untuk ke sekolah.. and now, im back as usual.. sekolah baru, suasana baru, tempat baru, masa belajar baru, cikgu baru, kawan baru dan lama, dan aku mesti mencipta kenangan baru kat sini... mula2 masuk kelas, sungguh... aku terasa sangat janggal untuk berada dalam kalangan mereka... terima kasih untuk semua yang melayan aku sebaiknye pada hari pertama aku... dear friends, please be nice to me... 


jujurnya, banyak masalah yang aku hadapi sebelum aku bergelar pelajar pra-u secara rasminya... kena tendang mcm bola... pergi sini sana, call sini sana... hingga satu masa aku sendiri hampir putus asa untuk teruskan niat yang selama niey aku inginkan... at last, usaha aku tak sia2... 






time for study hard... kena selalu ingatkan diri sendiri... this is not a honeymoon time... dear myself, please be strong... kuatkan semangat... everything will be okay then... jangan dgr kata2 mereka yang putuskan semangat awak... langkahlah kedepan dengan rasa yakin awak boleh... In shaa Allah...

Tuesday, 4 June 2013

tentang perasaan...?

selama 2 minggu cuti niey, banyak betul yang aku fikir.. Letih..! Fikir pasal nak belajar, fikir pasal sekolah, pasal dia dan macam2 lagi lah... semua kena fikir... aku kuatkan diri untuk terus tersenyum dalam menjalani hari-hari seterusnya... SMILE even it has NO REASON for you TO DO so...






macam niey ke perasaan orang yang sedang meningkat dewasa..? Eh, aku masih budak-budak lagi kan..? makan pakai pon orang tua yang tanggung lagi.. takkan lah dah dewasa kot...! adoyaii.... tapi, kalau aku dah pandai nak rindu kat dia..? haaishh.... perasaan aneh niey... (gatal lah pulak aku nie...) CIK HATI, simptom apakah yang melanda hati ku ini...? wondering...... 





ALLAH, aku harap keputusan aku betul... Jagakan dia untukku..
I wish to see you... I want to talk to you... 
Is that too much to ask..? See you when I see you.. 


Sunday, 2 June 2013

cerita HATI:')

ya Allah.. kuatkan aku... sungguh, aku terasa lemah tika ini... ujian hati sekecil ini pun aku tak mampu nak hadapi, apatah lagi ujian lain yang aku perlu hadapi nanti.


aku dilema... perasaan suka, sayang, cinta ini hadir tanpa aku harapkan... hadirnya tanpa aku pinta, perginya tanpa aku merelakan... aku pasrah... kalau itu yang terbaik.. moga ada hikmah disebalik semua cerita ini... jujur, aku takut untuk berjanji membahagiakan kau tanpa ikatan yang sah.. aku takut terlalu leka dengan perasaan ini.. aku takut kecewa..  biarlah masa yang menetukan segala cerita kita.. yakinlah, Allah is the best planner.. 

dear, perjalanan hidup kita baru bermula... kau dan aku punya impian yang berbeza... jalan hidup kita masih terlalu panjang untuk kita tempuh.. liku-liku kehidupan baru mula bercambah.. sakit perit ujian baru mula terasa.. ini baru sikit, aku dah mula melatah... aku tersungkur.. Allah, tabahkan hati aku.. impian aku masih terlalu jauh untuk aku gapai.. biarkan aku dan dia sama-sama menggapai impian hidup..





pintaku... semoga dia memahami... mengerti apa yang tersirat di sebalik hati ini... tak terdetik sikit pun untuk membenci, mengabaikan atau melupakan dia... aku masih sama seperti yang kau kenal dulu.... tiada apa yang mengubah diri aku.. hanya, keadaan yang berubah..




terima kasih, untuk semua kenangan yang telah tercipta.. saya sangat menghargai kuwujudan awak dalam sebahagian daripada episod cerita hidup saya.. moga episod yang bersambung akan datang, awak masih menjadi watak penting dalam kisah saya, hingga ke akhir cerita...





Sunday, 5 May 2013

cerita aku dan mereka....

hidup aku.... banyak melalui fasa-fasa perubahan sejak kehadiran mereka dalam hidup aku.... dulu, aku hanya berada dalam kelompok yang selesa... sekarang, aku makin mengenali dunia luar.. mengerti erti kehidupan yang sememang nya penuh dengan dugaan.. dunia yang penuh dengan ragam manusia..walau siapa pun yang hadir dalam hidup aku, aku tahu yang Allah hantar mereka kepada aku, ada sebabnya... terima kasih untuk mereka yang banyak tolong aku, menceriakan hari-hari aku.. buatkan aku rindu dengan kerenah mereka masing2.. sungguh..! aku tak tipu... aku hargai kehadiran mereka dalam hidup aku...




                                            today, this special dedication will go to them...

# kak sue...terima kasih banyak untuk kepercayaan akak terhadap sue... terima kasih pinjamkan anak2 akak yang bijak-bijak belaka tue...

# angah... terima kasih untuk buat sue selalu sangat terkejut.. terima kasih sudi jadi kawan sue.. terima kasih untuk percaya dengan kata2 sue... terima kasih untuk tak percaya dengan cerita-cerita mengarut yang angah dengar tue...

# am.. terima kasih untuk semua lawak jenaka dan cerita yang tak pernah habis tue..dah penat nanti, sue belanja tea 'o' ais satu... hehehe... terima kasih jadi kawan sue yang banyak ajar sue untuk terima hakikat seadanya... Am, mungkin kau tak tahu yang aku bukan ajak kau lepak taman untuk aku jumpa dengan kau suka2.. the truth is, aku cuba untuk bagi kau peluang jumpa dengan dia...

# abg man.. terima kasih untuk perhatian terhadap kami.. terima kasih jugak sebab sentiasa bermurah hati nak belanja kami...

# mona.. terima kasih sebab sudi jadi pendengar yg baik untuk aku borak sakan.. kau wajib tahu, yang aku tak pernah punya perasaan untuk dia. sayang aku, cuma sebagai kawan. kau tipulah satu dunia sekali pun yang kau takde perasaan cemburu kat aku, tapi.. kau tak boleh tipu aku.. sayangku, awak tak pandai menipu.. aku boleh nampak dari mata kau.. mungkin kau pun tak tahu, bukan niat aku nak msg dia setiap hari untuk suka2.. aku hanya berusaha dan mencuba untuk buat dia rasa diterima dan tak dipinggir oleh orang ramai...

# untuk kakak dan adik ku... terima kasih untuk menjadi penguat semangat aku bila terkadang aku juga lemah... terima kasih kerana setia mendengar cerita penglipur lara ini...

# *****... aku tak kisah walaupun aku dikatakan bangsat sekalipun... merosakkan adik orang.. menjadi orang tengah tak bergaji... hakikatnya, aku hanya mencuba membahagiakan orang disekeliling aku... mungkin kau tak tahu, aku bahagia bila tengok orang lain boleh tersenyum gembira... apa lagi alasan yang kau nak aku bagi..?? lepas kau cakap aku macam tue.. sungguh, aku tak sangka macam niey akhirnya..!

# haziq.. awish.. nurin.. aniq.. hamisz dan qaseh... kak sue sayang korang..! belaja rajin2 yea adik2.. nanti kak sue ada masa, kak sue datang rumah yea..! nanti jgn nangis nak ikut kak sue balik tau..!



terlalu banyak harapan yang aku inginkan... aku tak punya banyak masa untuk mencoret segalanya... mungkin lepas niey, kita tak punya banyak masa untuk saling bertegur sapa, bergurau senda, berlawak jenaka atau keluar sama-sama lagi... 




* kak sue, angah, am, mona, sue tak janji untuk sentiasa ada masa terluang, tapi sue berusaha untuk sentiasa ada masa di setiap masa kalian perlukan sue... mungkin. mereka yang hadir dalam hidup aku merupakan ujian untuk diri ini.. sue sangat menghargai kehadiran kalian dalam hidup sue... banyak mencorakkan kenangan manis dalam episod hidup sue... terima kasih untuk segala-galanya... sue sayang kalian semua..=)


Monday, 18 March 2013

Let it be...

hai awak awak semua.. rindunya. apa yang aku rindu aku pon tak tahu. tak pasti. ehem..! dah lama rasanya tak update blog niey. kena ada mood. ada cerita. kalau tak ada. terbiar jela jawabnya. 
mohon hati ini dapat dikawal dari rasa cinta manusia. aku dah jauh menyimpang dari landasan yg sebenar. aku, kau dan kita semua manusia. sikit sebanyak pasti buat silap. tak sempurna. tapi, kita kena cuba untuk jadi yang terbaik. ubah diri kita...=)




rindu nya saya kat dia. niey la payahnya bila dah TERsuka dekat seseorang kan? nak dia selalu tanya khabar kita. ambil berat pasal kita. tapi dia tak. dia biasa biasa jea. mungkin aku jea yang melebih-lebih. maafkan saya..

saya cuba untuk tahan perasaan suka. cuba untuk anggap dia just a friend. tapi kadang kadang... emm~

Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Jadi, bergantunglah kepada Yang Maha Esa.




Friday, 15 February 2013

kentang mengajak aku berfikir....

kita tak boleh menilai sesuatu hanya dengan memandang dari luaran.

tengah aku mengupas kentang sambil tolong mak aku masak untuk makan tengahari... aku tengok kentang tue cantik sangat dari luar. kulit licin jea. bila ku kupas. isi dalamnya dah busuk. ku ambil kentang yang kulitnya dah berkedut-kedut. mesti dah x elok kentang nie. bisik hati aku. sebaliknya, isinya lebih baik dari yang aku sangka.


ramai orang.. menilai hanya dengan pandangan pertama. kadang, pandangan pertama tue tak semestinya betul. kita tengok orang tue pakai tudung labuh, first impression kita mesti agak dia baik. pastu, kita nampak dia jalan dengan lelaki. kita terus hukum dia konon pakai tudung labuh, tapi jalan dengan lelaki. sebenarnya kita tak tahu, lelaki tue adik dia. nampak tak? kita selalu hukum sesorang tanpa bukti yang betul.

kita manusia. semua tak sempurna. manusia sifatnya memang x sempurna. dalam hidup niey, kadang kita dah menyimpang jauh dari landasan hidup yang sebenar. kita tahu benda tue salah. tapi kita tetap buat jugak.






peluang. tak datang banyak kali. mungkin ada peluang kedua. tapi, peluang tue takkan sama dengan peluang pertama. sementara masih berpeluang untuk berubah, aku nak berusaha ke arah itu.. mengubah diri menjadi lebih baik. lebih sopan. lebih menjaga aurat. lebih mendekatkan diri kepada Allah. semoga peluang yang ada bukan untuk aku persiakan. selagi masih sempat. aku akan berusaha.