Sunday, 5 May 2013

cerita aku dan mereka....

hidup aku.... banyak melalui fasa-fasa perubahan sejak kehadiran mereka dalam hidup aku.... dulu, aku hanya berada dalam kelompok yang selesa... sekarang, aku makin mengenali dunia luar.. mengerti erti kehidupan yang sememang nya penuh dengan dugaan.. dunia yang penuh dengan ragam manusia..walau siapa pun yang hadir dalam hidup aku, aku tahu yang Allah hantar mereka kepada aku, ada sebabnya... terima kasih untuk mereka yang banyak tolong aku, menceriakan hari-hari aku.. buatkan aku rindu dengan kerenah mereka masing2.. sungguh..! aku tak tipu... aku hargai kehadiran mereka dalam hidup aku...




                                            today, this special dedication will go to them...

# kak sue...terima kasih banyak untuk kepercayaan akak terhadap sue... terima kasih pinjamkan anak2 akak yang bijak-bijak belaka tue...

# angah... terima kasih untuk buat sue selalu sangat terkejut.. terima kasih sudi jadi kawan sue.. terima kasih untuk percaya dengan kata2 sue... terima kasih untuk tak percaya dengan cerita-cerita mengarut yang angah dengar tue...

# am.. terima kasih untuk semua lawak jenaka dan cerita yang tak pernah habis tue..dah penat nanti, sue belanja tea 'o' ais satu... hehehe... terima kasih jadi kawan sue yang banyak ajar sue untuk terima hakikat seadanya... Am, mungkin kau tak tahu yang aku bukan ajak kau lepak taman untuk aku jumpa dengan kau suka2.. the truth is, aku cuba untuk bagi kau peluang jumpa dengan dia...

# abg man.. terima kasih untuk perhatian terhadap kami.. terima kasih jugak sebab sentiasa bermurah hati nak belanja kami...

# mona.. terima kasih sebab sudi jadi pendengar yg baik untuk aku borak sakan.. kau wajib tahu, yang aku tak pernah punya perasaan untuk dia. sayang aku, cuma sebagai kawan. kau tipulah satu dunia sekali pun yang kau takde perasaan cemburu kat aku, tapi.. kau tak boleh tipu aku.. sayangku, awak tak pandai menipu.. aku boleh nampak dari mata kau.. mungkin kau pun tak tahu, bukan niat aku nak msg dia setiap hari untuk suka2.. aku hanya berusaha dan mencuba untuk buat dia rasa diterima dan tak dipinggir oleh orang ramai...

# untuk kakak dan adik ku... terima kasih untuk menjadi penguat semangat aku bila terkadang aku juga lemah... terima kasih kerana setia mendengar cerita penglipur lara ini...

# *****... aku tak kisah walaupun aku dikatakan bangsat sekalipun... merosakkan adik orang.. menjadi orang tengah tak bergaji... hakikatnya, aku hanya mencuba membahagiakan orang disekeliling aku... mungkin kau tak tahu, aku bahagia bila tengok orang lain boleh tersenyum gembira... apa lagi alasan yang kau nak aku bagi..?? lepas kau cakap aku macam tue.. sungguh, aku tak sangka macam niey akhirnya..!

# haziq.. awish.. nurin.. aniq.. hamisz dan qaseh... kak sue sayang korang..! belaja rajin2 yea adik2.. nanti kak sue ada masa, kak sue datang rumah yea..! nanti jgn nangis nak ikut kak sue balik tau..!



terlalu banyak harapan yang aku inginkan... aku tak punya banyak masa untuk mencoret segalanya... mungkin lepas niey, kita tak punya banyak masa untuk saling bertegur sapa, bergurau senda, berlawak jenaka atau keluar sama-sama lagi... 




* kak sue, angah, am, mona, sue tak janji untuk sentiasa ada masa terluang, tapi sue berusaha untuk sentiasa ada masa di setiap masa kalian perlukan sue... mungkin. mereka yang hadir dalam hidup aku merupakan ujian untuk diri ini.. sue sangat menghargai kehadiran kalian dalam hidup sue... banyak mencorakkan kenangan manis dalam episod hidup sue... terima kasih untuk segala-galanya... sue sayang kalian semua..=)


Monday, 18 March 2013

Let it be...

hai awak awak semua.. rindunya. apa yang aku rindu aku pon tak tahu. tak pasti. ehem..! dah lama rasanya tak update blog niey. kena ada mood. ada cerita. kalau tak ada. terbiar jela jawabnya. 
mohon hati ini dapat dikawal dari rasa cinta manusia. aku dah jauh menyimpang dari landasan yg sebenar. aku, kau dan kita semua manusia. sikit sebanyak pasti buat silap. tak sempurna. tapi, kita kena cuba untuk jadi yang terbaik. ubah diri kita...=)




rindu nya saya kat dia. niey la payahnya bila dah TERsuka dekat seseorang kan? nak dia selalu tanya khabar kita. ambil berat pasal kita. tapi dia tak. dia biasa biasa jea. mungkin aku jea yang melebih-lebih. maafkan saya..

saya cuba untuk tahan perasaan suka. cuba untuk anggap dia just a friend. tapi kadang kadang... emm~

Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Jadi, bergantunglah kepada Yang Maha Esa.




Friday, 15 February 2013

kentang mengajak aku berfikir....

kita tak boleh menilai sesuatu hanya dengan memandang dari luaran.

tengah aku mengupas kentang sambil tolong mak aku masak untuk makan tengahari... aku tengok kentang tue cantik sangat dari luar. kulit licin jea. bila ku kupas. isi dalamnya dah busuk. ku ambil kentang yang kulitnya dah berkedut-kedut. mesti dah x elok kentang nie. bisik hati aku. sebaliknya, isinya lebih baik dari yang aku sangka.


ramai orang.. menilai hanya dengan pandangan pertama. kadang, pandangan pertama tue tak semestinya betul. kita tengok orang tue pakai tudung labuh, first impression kita mesti agak dia baik. pastu, kita nampak dia jalan dengan lelaki. kita terus hukum dia konon pakai tudung labuh, tapi jalan dengan lelaki. sebenarnya kita tak tahu, lelaki tue adik dia. nampak tak? kita selalu hukum sesorang tanpa bukti yang betul.

kita manusia. semua tak sempurna. manusia sifatnya memang x sempurna. dalam hidup niey, kadang kita dah menyimpang jauh dari landasan hidup yang sebenar. kita tahu benda tue salah. tapi kita tetap buat jugak.






peluang. tak datang banyak kali. mungkin ada peluang kedua. tapi, peluang tue takkan sama dengan peluang pertama. sementara masih berpeluang untuk berubah, aku nak berusaha ke arah itu.. mengubah diri menjadi lebih baik. lebih sopan. lebih menjaga aurat. lebih mendekatkan diri kepada Allah. semoga peluang yang ada bukan untuk aku persiakan. selagi masih sempat. aku akan berusaha.




Wednesday, 30 January 2013

baru aku sedar....

sementara cuti niey.... aku cuba memanfaatkan cuti nie dengan sebaik mungkin... aku cuba buat sesuatu yang  dapat mndatangkan faedah untuk diri aku... bukan untuk aku jea.... orang lain juga. mungkin. mungkin selama nie aku tak sedar.... tapi, sejak akhir2 niey... aku baru sedar bahawasanya aku minat menjahit...


dah 2 minggu aku join kelas menjahit manik dan labuci... kat kolej komuniti hulu langat... ala, yang dekat belakang giant tue jea... seronok sebenarnya belajar menjahit niey... tapi, sangat memerlukan kesabaran... yang tinggi okeyh?? kalau agak2 kurang sabar tue kena fikir doplohempat kali nak menjahit ke tak... sebenarnya, aku tak plan pon nak masuk kelas menjahit... aku prefer kelas ict, akaun, english skills or something yang lain la drpd menjahit... tapi, bila aku fikir2 balik, ada baiknya jugak aku belajar jahit manik niey... nanti, boleh jahit sendiri kan kan? 






tadi..... aku tengok baju2 raya yang lepas... eh, aku pandai la jahit manik yang mcm niey... tetibe, bangga sekejap... kan ada guna nya aku pergi kelas... dapt tambah ilmu. pengalaman baru. ada sape2 nak tempah jahit manik baju raya dengan aku tak? haha.. mahu sebulan aku hadap satu helai baju jea nak siapkan... aku budak baru belajar... kalau salah tolong tunjukkan... bila dah biasa buat nanti,.. lama2 jadi senang la... rambang mata aku tengok hasil jahitan manik yang super duper cantik kat situ..! oh... aku pun nak buat mcm tue jugak...!



Wednesday, 16 January 2013

hati aku TAK tentu arah...!

entah kenapa... aku sendiri tak tahu.... kenapa hati aku terselit perasaan tak gembira?? puas dah aku pikir2 balik... ada apa yang x kena?? rasanya semua yang berlaku hari niey okay2 belaka... tapi, kenapa tiba2 hati aku niey rasa macam x sedap semacam?? nak senyum pun susah... dgr org cakap dgn aku pon buat endah x endah jea... org gelak pon aq boleh tibai diam jea... malaun betol..!


selalunya.... kalau ada ape2 masalah sekalipun... kalau dgn family mesti perasaan happy tue dtg sekejap... niey langsung mcm org xde perasaan jea aq duduk jadik tunggul kat situ... mcm x tau ape2... padahal aku dgr jea dorg cakap... entah la... x tau tang mana yg salah tue? 




dah kenapa hati aku niey?? merajuk dgn tuan dia ke?? mungkin aku alpa... kurang mendekatkan diri dengan Nya.. masalahnya, baru sejam dua niey tetiba feeling aku rasa lain mcm sikit... tak happppppy.... takkkk seronoookkk... tak bahagiiaaaa... tak gembira..... semuanya TAK lah... org tegur aku pon malas nak layan... sorry.... perasaan moody sikit hari niey... padahal petang tadi baru aku lepas dok bantai gelak semangat gila sembang2 kenangan lama hua hua hua dgn membe pengubat duka lara niey...! serius.. muka dia sentiasa nak tunjuk happy jea... seronok weh gua cakap... rugi hangpa yang x kawan dgn dia,...
mardhati mazlan...=) seriously...! aku rindu sangat kat kau....!! bila dpt stay up sampai pukul 2 pagi lagi?? 

Tuesday, 8 January 2013

bila MALAM menjelang...

aku dah tak tau nak buat ape... aku x suka tgok tv... lg best layan novel tak pon mghadap dpn laptop... tak elok yea adik2 kakak2 abg2... saya x pe... sementara lpas hais spm niey.... hehe.. duduk rumah, jadi maid separuh masa... kemas rumah, basuh baju angkat baju tue sume rutin biasa... penat nak merungut dah... ikhlaskan hati.,..  buat jela...

malam2 macam niey... stalking facebook kawan2... tgok khabar dorang... tgok pkmbgan dorg... ada yg da sibuk bekerja... ada jugak yg jadi petani terhormat macam aku dengan mengumpul paling banyak tanaman anggur kat rumah... hebat kan kami?? hikhik... padahal menghabiskan beras jea kat rumah..!


tahun baru, banyak misi baru yang perlu diselesaikan... banyak benda baru nak kena buat... banyak benda baru nak kena belajar... betullah kata2 mereka... belajar xkan habis kecuali bila kita mati...




kadang, bila malam perasaan rindu itu datang sendiri...perit kan pendam rindu sorang2..? yea, saya tahu... saya x nak malam berakhir... kerana esoknya rindu tue akan hilang... saya rindu masa itu... sungguh saya rindu=)






Monday, 7 January 2013

#nothing



                   aku tak tahu mengapa aku rindu.... ingin ku luah tapi ku tak berdaya=)