Dah setahun aku mendiam diri. Tak menulis apa apa. Sejak teknologi smartphone mengambil alih.. Banyak habiskan masa dengan benda lain instead of blogging..
Banyak sebenarnya nak kongsi. Life after STPM.. Dah habis dah zaman study kat sekolah. Tapi perasaan rindu nak sekolah masih tebal lagiii... If and only if boleh sambung degree kat sekolah. Pasti, aku org pertama yg mendaftar..
But then, we get older.. Kena hadap dunia realiti sebenar yang penuh pancaroba nie.. Dugaan yang membangkitkan semangat dan kekuatan.
Till meet next entry. Rindu nak menulis panjang- panjang..
Saturday, 30 May 2015
Friday, 12 September 2014
Zoo Negara Volunteer
Sempena Hari Kemerdekaan yang ke 57, kami ahli Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) pergi ke Zoo Negara untuk jadi sukarelawan kat sana. Dia ada bagi sticker Zoo Negara Volunteer untuk tampal kat bahu. So, nampak lah yang kita niey volunteer. Tak boleh pergi pusing2 zoo selagi masa tak habis tau. Kitaorg pergi setengah hari jea.. Boleh pilih nak half day ke full day.. Kitaorg haritue dari 8 pagi sampai 12.30 tengahari... Penat, memang penat habaq hang..! Tapi, pengalaman tu yang mahal..:))
Sampai-sampai, kena bahagi kumpulan dulu.. Untuk bahagi kan kandang2 yang mana kita kena bersihkan.. Group aku, dapat kandang bear..! Dapat -dapat jea kemain kitaorg seronok..! Kakak sampai menjerit keriangan, kebahagiaan, keseronokan.. Mula2 kumpulan besar 8 orang.. sampai kat section yang ditetapkan, kena pecah lagi (3-3-2).. Aku dapat 3 orang.
Sampai kat section, kena tukar paki boot dulu.. Kitaorg tak tau pun kena pakai boot, kalau tau awal2 boleh bawak dari rumah.. Kat sana ada disediakan, tapi kurang selesa sikit lah.. Nasib lah dapat yang terlebih besar ke, kecik ke, koyak ke.. Aku punya kemain oversaiz dia.. Jalan pun dah macam The Hulk dah sebab tak selesa.. Keeper ktaorg baik, taknak bagi kasut kita kotor.. Sebab tue, dia suruh paki boot.. Pastu, bermulalah episod kemas mengemas. Ingatkan kena bersihkan kandang bear jea.. rupanya dia pakej sekali.. kandang seladang, rusa, tikus paling besar di Asia, and BEAR semestinya.. Apa yang kitaorg buat kat sana..? Bersihkan kandang2 kesemua haiwan tersebut.. Sapu kandang, angkat najis-najis haiwan , bagi makanan kat haiwan.. Semua kitaorg buat..! baru lah adventure rasa semua benda yang keeper zoo selalu buat kan..?
Memang seronok...! pengalaman pertama dalam hidup.. dapat merasa kesusahan kepayahan yang dialami oleh keeper Zoo sebelum pelawat sampai. Keeper niey lah yang bertungkus lumus bersihkan tempat2 haiwan nie semua.. Jadi, bila kita jadi volunteer kat sana sekurang-kurangnya dapatlah meringankan beban mereka sekali sekala. Bila jadi pelawat, kita tak nampak semua tue. Kita tengok bersih jea kandang semua. Padahal, keeper terkejar-kejar bersihakan sebelum Zoo dibuka kepada pengunjung masuk.
Gambar waktu membersihkan kandang takde, sebab kitaorg semua tinggal phone kat dalam bag. Sedihhh...:(( Lagipun, memang tak dibenarkan bawak pun.. Sebab tue lah kitaorg tinggal.. Tapi, haiwan kat sini semua makan makanan berkhasiat..! Pelbagai jenis sayuran tempatan ada, buah-buahan.. untuk bear punya lagi special tau..! Siap masak sup lagi untuk dia.. Sup sayur, sup daging. Semua ada.
Habis mengemas sampai pukul 12.30, selesailah misi kami menjadi volunteer zoo negara. Terdamparlah kepenatan kat bilik keeper berehat sebelum kitaorg pergi membersihkan diri untuk jalan2 keliling zoo pulak...! Penuh jugak zoo rupanya walaupun hari merdeka. Cuti mungkin. Sebab tue masing2 bawa peluang menghabiskan masa sambil menambah pengetahuan dan koleksi gambar dengan berkunjung ke zoo. Koleksi gambar tue wajib..! Aku pun sama..:')
Akhirnya, selesailah aktiviti sukarelawan kami di Zoo Negara. Masa niey, sticker pun dah tercabut hilang entah ke mana sebab terlalu gembira buat kerja sampai sticker hilang pun tak perasan. Untuk tambah energy, minumlah air 100 plus kami kongsi sorang sikit sebab dah penat nak jalan pergi beli.. Akak pakai baju biru tu baik..! dia trainer kat Zoo Negara. Amik bidang Zoologist kat UNIMAS..
Habis dah aktivit, kitaorg punyalah beria2 nak tengok panda kononnya. Tapi, disebabkan terlalu ramai dan kesuntukan masa kitaorg pilih untuk masuk 6D Adventure dgn bayaran RM 12 seorang...
Last but not least, menjadi volunteer zoo negara seriously seronok.....!! Eh, Korang pernah pergi zoo naik roller coaster..? kitaorg naik.. walaupun bukan betul-betul tapi serius perasaan dia tue lagi best daripada naik yang sebenar... Nak rasa naik roller coaster 6D..? cubalah.. Confirm, tak menyesal...! Berakhirlah hari kami menjadi Volunteer Zoo Negara. Nanti, nak dtg lagi jadi Volunteer. Yuran nak jadi volunteer memag lah sangat affordable and reasonable.. RM 10 jea setahun kalau tak silap. Kiranya, kalau dah bayar sekali untuk tahun tue, nak datang lain kali tak payah bayar dah..
Itulah kisah kami menjadi volunteer Zoo Negara. Jomlah..! pakat ramai-ramai jadi volunteer Zoo Negara. Dapatlah kita menyumbang khidmat dan bakti secara sukarela...!
She left us..:')
Terima kasih pernah datang, lalu
menghilang.
Terima kasih pernah ada, lalu tiada.
Terima kasih pernah menghibur, lalu kabur.
Namun aku tetap yakin, segala yang
diaturkan oleh Allah,
dalam kehidupan ini,
semuanya akan memberikan hikmah diluar
jangkaan kita :')
Life is about trusting our
feelings, taking chances, losing and finding
happiness, appreciating the
memories, and learning from the past..:'))
Monday, 21 April 2014
OUR PAST, PRESENT AND FUTURE :)
Dalam persahabatan, Pasti ada pergaduhan. Pergaduhan hanyalah seketika, Nanti akan kawan semula. Sebab, Erti persahabatan sangatlah bermakna. Aku akui . Erti persahabatan membawa kita belajar dan mengenal dunia di sekeliling kita.Tipulah kawan sendiri tak pernah mengumpat pasal kita dekat belakang kita even once. I admit, i did it too..:)) but then, we forget all the bad things about each other and still stay with each other along the journey and keep having fun together...
Kita pernah bergaduh. Pernah ada salah faham. Pernah ada yang terluka dan kecewa dengan sikap kita masing-masing. Kita semua tak sempurna. Semua ada salah silap. Tapi ketidak sempurnaan itu bukanlah alasan untuk kita terus berada dalam kesalahan. Kawan-kawan di sekeliling kita lah yang membantu kita untuk positif kan diri dan minda kita. Dalam persahabatan, adatlah kalau ada yang terasa dan sakit hati. Kita manusia ada pelbagai ragam.
Moments is like a garden of memories....! something to remember all over the time.. the moments that we share together.. the sweet and the bad times that we had been through in our relations... Sharing our great time togethers are the major best thing in my life that i've been missing it over and over. I still hope that we will always take care and love our friendship like we always do..:)) Spending our times to hear about each other loves stories, their problems, studies, sickness and out of all the best thing was hanging around celebrating and surprisings each others birthdays with most beautiful moments that created by us..!
Our sweet moments in January's..:))
Spending our times together in February..=)
Outing together for delicious pizza's in March..!
Celebrating together our April's babies..:))
Nur Syakirah, Nurul Nasuha, Hesty Natalia, Aqirah Atiq, Hayatul Mala, Amyza ...:))
Dear best friends, I don't know how to thank you but I'm lucky to have you in my life...!
Sunday, 29 September 2013
sepintas lalu..:')
sekian lama rasanya aku menyepi .. takde cerita yang menarik, mungkin... atau kemalasan tahap kritikal yang melanda aku... tapi, hari niey.. aku punya semangat nak update entry baru.. ada cerita.. cerita bersama mereka. mereka yang membuat kan sayang aku bersaiz xxl untuk mereka..
terima kasih kalian..., untuk kenangan yang sangat berharga tahun niey.. sungguh, memori yang tercipta sangat bermakna.. tak terucap rasanya sayang dan rindu ini...
terima kasih kalian..., untuk kenangan yang sangat berharga tahun niey.. sungguh, memori yang tercipta sangat bermakna.. tak terucap rasanya sayang dan rindu ini...
Dear, friend... honestly, i really love all of you much...:') mala, myza, qyra and suha... aku hanya mengharapkan perkenalan ini kekal selamanya... kadang, bila aku fikir2 balik... aku sendiri tak sangka yang perasaan ini akan hadir... alhamdulillah.. aku dah jumpa 'dia' yang aku cari selama niey....! thank you to all of you... you make my life soooo cheerfullll.....!
You are truly a wonderful part of my life. I love you. If you're alone. I'll be your shadow. If you want to cry. I'll be your shoulder. If you need to be happy. I'll be your smile. But every time you need a best friend. I'll just be there.. I wish I can be with you 24 hours a day, Dear. I love you so so so much.:')
Ukhwah ibarat satu janji yang dibuat dalam hati. Tak dapat ditulis, tak dapat dibaca. Namun,takkan terpisah dek jarak, takkan berubah oleh masa. Sedetik di mata, selamanya di jiwa... sekali kita berkawan.. kita akan terus bersama...:')
Thanks for being my friend...!
Thanks for being my friend...!
Thursday, 11 July 2013
RAMADHAN datang lagi....:))
alhamdulillah... hari pertama puasa berjalan dengan lancar... 28 days more to go... in shaa Allah... puasa tahun niey.. masih lagi bergelar pelajar sekolah... tapi, saya dah upgrade sikit.. pelajar pra-u... masih lg balik dengan muka penat... menarik...! hari pertama puasa dekat sekolah... tengok gelagat masing2.. dengan muka keletihan hari pertama.. kenaangaaannnnn....
aku, masih setia berbaju sekolah... setia menjadi pelajar pra-u.. honestly, sampai saat niey pun aku masih lagi tengah mencuba untuk membiasakan diri dengan suasana sekolah baru... first time dapat belajar dengan teacher bangsa india, cina... seriusly, satu pengalaman yang sangat baru untuk aku... dengan suasana belajar dan persekitaran aku yang baru... cukup untuk buat aku belajar terima segalanya... kawan2.. aku masih lagi mencari 'dia' yg bergelar kawan, sahabat dan teman aku untuk aku meneruskan perjuangan kat sini...
sedih... sangat..! aku seolah-olah masuk dunia baru.. dunia yang aku tak pernah alami sebelum niey... aku masih belum biasa dengan keadaan ini... sayu rasa hati, bila kawan yang menjadi semangat aku untuk terus setia kat sini, akhirnya... pindah ke sekolah lain... seminggu aku pergi sekolah dengan hati yang pasrah... tiap malam aku tak lena tidur... berulang-ulang kali aku fikir... betul ke ini keputusan muktamad aku...??
sebulan dah berlalu... hari niey aku masih setia dengan sekolah ini... sekolah yang bakal mencipta satu lagi lembaran kenangan dalam hidup aku... aku cuba, tengah mencuba, dan masih lagi mencuba untuk terima segalanya... mungkin ini keputusan terbaik yang harus aku lalui... sungguh, aku terima semua nya dengan rela hati... belajar subjek geografi aku tak pernah minat sebelum niey... PMR pun dapat C.. sekarang, aku kena belajar untuk jatuh cinta dengan subjek-subjek ini... pengajian am, muet, sejarah, bahasa melayu, geografi, ekonomi... please love me tooo......=)
akhir kata, rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan, salam ramadhan dan selamat berpuasa...!
Saturday, 15 June 2013
new CHAPTER in my life...:')
satu episod kehidupan setengah tahun telah aku lakonkan... aku hanyalah pelakon yang melakonkan watak aku dalam cerita hidup aku... at all, Allah had plans everything the best for me...
bemula detik ini, aku secara rasminya bergelar pelajar pra-u kat smk saas, kajang. yea.. aku tahu banyak yang tanya kenapa nak pilih f6..? tak apply upu ke..?, tak dapat matrix ke...? asasi tak dapat ke..? taknak amik diploma ke..? dear questionners, i dont even have any answer for that... as for me, aku rasa mungkin ini jalan aku.. aku yakin, rezeki Allah ada kat mana2... mungkin bukan masa nye aku bergelar pelajar universiti... tapi, aku lebih suka jalan yang aku pilih sekarang... mungkin, ada yang malu menyarung kembali baju sekolah selepas beberapa bulan meninggalkan alam persekolahan.. yea, aku pernah rasa benda yang sama jugak... tapi, aku tepis perasaan tue jauh2... doaku... Allah, ikhlaskan hati aku untuk masuk form 6 niey..
back to alam sekolah.. bermula rutin aku setiap pagi untuk bangun dan bersiap ke sekolah.. naik bas rapid... betapa lamanya aku tinggalkan kenangan tunggu bas setiap pagi untuk ke sekolah.. and now, im back as usual.. sekolah baru, suasana baru, tempat baru, masa belajar baru, cikgu baru, kawan baru dan lama, dan aku mesti mencipta kenangan baru kat sini... mula2 masuk kelas, sungguh... aku terasa sangat janggal untuk berada dalam kalangan mereka... terima kasih untuk semua yang melayan aku sebaiknye pada hari pertama aku... dear friends, please be nice to me...
jujurnya, banyak masalah yang aku hadapi sebelum aku bergelar pelajar pra-u secara rasminya... kena tendang mcm bola... pergi sini sana, call sini sana... hingga satu masa aku sendiri hampir putus asa untuk teruskan niat yang selama niey aku inginkan... at last, usaha aku tak sia2...
time for study hard... kena selalu ingatkan diri sendiri... this is not a honeymoon time... dear myself, please be strong... kuatkan semangat... everything will be okay then... jangan dgr kata2 mereka yang putuskan semangat awak... langkahlah kedepan dengan rasa yakin awak boleh... In shaa Allah...
Tuesday, 4 June 2013
tentang perasaan...?
selama 2 minggu cuti niey, banyak betul yang aku fikir.. Letih..! Fikir pasal nak belajar, fikir pasal sekolah, pasal dia dan macam2 lagi lah... semua kena fikir... aku kuatkan diri untuk terus tersenyum dalam menjalani hari-hari seterusnya... SMILE even it has NO REASON for you TO DO so...
macam niey ke perasaan orang yang sedang meningkat dewasa..? Eh, aku masih budak-budak lagi kan..? makan pakai pon orang tua yang tanggung lagi.. takkan lah dah dewasa kot...! adoyaii.... tapi, kalau aku dah pandai nak rindu kat dia..? haaishh.... perasaan aneh niey... (gatal lah pulak aku nie...) CIK HATI, simptom apakah yang melanda hati ku ini...? wondering......
ALLAH, aku harap keputusan aku betul... Jagakan dia untukku..
I wish to see you... I want to talk to you...
Is that too much to ask..? See you when I see you..
Sunday, 2 June 2013
cerita HATI:')
ya Allah.. kuatkan aku... sungguh, aku terasa lemah tika ini... ujian hati sekecil ini pun aku tak mampu nak hadapi, apatah lagi ujian lain yang aku perlu hadapi nanti.
aku dilema... perasaan suka, sayang, cinta ini hadir tanpa aku harapkan... hadirnya tanpa aku pinta, perginya tanpa aku merelakan... aku pasrah... kalau itu yang terbaik.. moga ada hikmah disebalik semua cerita ini... jujur, aku takut untuk berjanji membahagiakan kau tanpa ikatan yang sah.. aku takut terlalu leka dengan perasaan ini.. aku takut kecewa.. biarlah masa yang menetukan segala cerita kita.. yakinlah, Allah is the best planner..
dear, perjalanan hidup kita baru bermula... kau dan aku punya impian yang berbeza... jalan hidup kita masih terlalu panjang untuk kita tempuh.. liku-liku kehidupan baru mula bercambah.. sakit perit ujian baru mula terasa.. ini baru sikit, aku dah mula melatah... aku tersungkur.. Allah, tabahkan hati aku.. impian aku masih terlalu jauh untuk aku gapai.. biarkan aku dan dia sama-sama menggapai impian hidup..
pintaku... semoga dia memahami... mengerti apa yang tersirat di sebalik hati ini... tak terdetik sikit pun untuk membenci, mengabaikan atau melupakan dia... aku masih sama seperti yang kau kenal dulu.... tiada apa yang mengubah diri aku.. hanya, keadaan yang berubah..
terima kasih, untuk semua kenangan yang telah tercipta.. saya sangat menghargai kuwujudan awak dalam sebahagian daripada episod cerita hidup saya.. moga episod yang bersambung akan datang, awak masih menjadi watak penting dalam kisah saya, hingga ke akhir cerita...
Sunday, 5 May 2013
cerita aku dan mereka....
hidup aku.... banyak melalui fasa-fasa perubahan sejak kehadiran mereka dalam hidup aku.... dulu, aku hanya berada dalam kelompok yang selesa... sekarang, aku makin mengenali dunia luar.. mengerti erti kehidupan yang sememang nya penuh dengan dugaan.. dunia yang penuh dengan ragam manusia..walau siapa pun yang hadir dalam hidup aku, aku tahu yang Allah hantar mereka kepada aku, ada sebabnya... terima kasih untuk mereka yang banyak tolong aku, menceriakan hari-hari aku.. buatkan aku rindu dengan kerenah mereka masing2.. sungguh..! aku tak tipu... aku hargai kehadiran mereka dalam hidup aku...
today, this special dedication will go to them...
# kak sue...terima kasih banyak untuk kepercayaan akak terhadap sue... terima kasih pinjamkan anak2 akak yang bijak-bijak belaka tue...
# angah... terima kasih untuk buat sue selalu sangat terkejut.. terima kasih sudi jadi kawan sue.. terima kasih untuk percaya dengan kata2 sue... terima kasih untuk tak percaya dengan cerita-cerita mengarut yang angah dengar tue...
# am.. terima kasih untuk semua lawak jenaka dan cerita yang tak pernah habis tue..dah penat nanti, sue belanja tea 'o' ais satu... hehehe... terima kasih jadi kawan sue yang banyak ajar sue untuk terima hakikat seadanya... Am, mungkin kau tak tahu yang aku bukan ajak kau lepak taman untuk aku jumpa dengan kau suka2.. the truth is, aku cuba untuk bagi kau peluang jumpa dengan dia...
# abg man.. terima kasih untuk perhatian terhadap kami.. terima kasih jugak sebab sentiasa bermurah hati nak belanja kami...
# mona.. terima kasih sebab sudi jadi pendengar yg baik untuk aku borak sakan.. kau wajib tahu, yang aku tak pernah punya perasaan untuk dia. sayang aku, cuma sebagai kawan. kau tipulah satu dunia sekali pun yang kau takde perasaan cemburu kat aku, tapi.. kau tak boleh tipu aku.. sayangku, awak tak pandai menipu.. aku boleh nampak dari mata kau.. mungkin kau pun tak tahu, bukan niat aku nak msg dia setiap hari untuk suka2.. aku hanya berusaha dan mencuba untuk buat dia rasa diterima dan tak dipinggir oleh orang ramai...
# untuk kakak dan adik ku... terima kasih untuk menjadi penguat semangat aku bila terkadang aku juga lemah... terima kasih kerana setia mendengar cerita penglipur lara ini...
# *****... aku tak kisah walaupun aku dikatakan bangsat sekalipun... merosakkan adik orang.. menjadi orang tengah tak bergaji... hakikatnya, aku hanya mencuba membahagiakan orang disekeliling aku... mungkin kau tak tahu, aku bahagia bila tengok orang lain boleh tersenyum gembira... apa lagi alasan yang kau nak aku bagi..?? lepas kau cakap aku macam tue.. sungguh, aku tak sangka macam niey akhirnya..!
# haziq.. awish.. nurin.. aniq.. hamisz dan qaseh... kak sue sayang korang..! belaja rajin2 yea adik2.. nanti kak sue ada masa, kak sue datang rumah yea..! nanti jgn nangis nak ikut kak sue balik tau..!
terlalu banyak harapan yang aku inginkan... aku tak punya banyak masa untuk mencoret segalanya... mungkin lepas niey, kita tak punya banyak masa untuk saling bertegur sapa, bergurau senda, berlawak jenaka atau keluar sama-sama lagi...
* kak sue, angah, am, mona, sue tak janji untuk sentiasa ada masa terluang, tapi sue berusaha untuk sentiasa ada masa di setiap masa kalian perlukan sue... mungkin. mereka yang hadir dalam hidup aku merupakan ujian untuk diri ini.. sue sangat menghargai kehadiran kalian dalam hidup sue... banyak mencorakkan kenangan manis dalam episod hidup sue... terima kasih untuk segala-galanya... sue sayang kalian semua..=)
Monday, 18 March 2013
Let it be...
hai awak awak semua.. rindunya. apa yang aku rindu aku pon tak tahu. tak pasti. ehem..! dah lama rasanya tak update blog niey. kena ada mood. ada cerita. kalau tak ada. terbiar jela jawabnya.
mohon hati ini dapat dikawal dari rasa cinta manusia. aku dah jauh menyimpang dari landasan yg sebenar. aku, kau dan kita semua manusia. sikit sebanyak pasti buat silap. tak sempurna. tapi, kita kena cuba untuk jadi yang terbaik. ubah diri kita...=)
rindu nya saya kat dia. niey la payahnya bila dah TERsuka dekat seseorang kan? nak dia selalu tanya khabar kita. ambil berat pasal kita. tapi dia tak. dia biasa biasa jea. mungkin aku jea yang melebih-lebih. maafkan saya..
saya cuba untuk tahan perasaan suka. cuba untuk anggap dia just a friend. tapi kadang kadang... emm~
Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Jadi, bergantunglah kepada Yang Maha Esa.
Friday, 15 February 2013
kentang mengajak aku berfikir....
kita tak boleh menilai sesuatu hanya dengan memandang dari luaran.
tengah aku mengupas kentang sambil tolong mak aku masak untuk makan tengahari... aku tengok kentang tue cantik sangat dari luar. kulit licin jea. bila ku kupas. isi dalamnya dah busuk. ku ambil kentang yang kulitnya dah berkedut-kedut. mesti dah x elok kentang nie. bisik hati aku. sebaliknya, isinya lebih baik dari yang aku sangka.
ramai orang.. menilai hanya dengan pandangan pertama. kadang, pandangan pertama tue tak semestinya betul. kita tengok orang tue pakai tudung labuh, first impression kita mesti agak dia baik. pastu, kita nampak dia jalan dengan lelaki. kita terus hukum dia konon pakai tudung labuh, tapi jalan dengan lelaki. sebenarnya kita tak tahu, lelaki tue adik dia. nampak tak? kita selalu hukum sesorang tanpa bukti yang betul.
kita manusia. semua tak sempurna. manusia sifatnya memang x sempurna. dalam hidup niey, kadang kita dah menyimpang jauh dari landasan hidup yang sebenar. kita tahu benda tue salah. tapi kita tetap buat jugak.
peluang. tak datang banyak kali. mungkin ada peluang kedua. tapi, peluang tue takkan sama dengan peluang pertama. sementara masih berpeluang untuk berubah, aku nak berusaha ke arah itu.. mengubah diri menjadi lebih baik. lebih sopan. lebih menjaga aurat. lebih mendekatkan diri kepada Allah. semoga peluang yang ada bukan untuk aku persiakan. selagi masih sempat. aku akan berusaha.
tengah aku mengupas kentang sambil tolong mak aku masak untuk makan tengahari... aku tengok kentang tue cantik sangat dari luar. kulit licin jea. bila ku kupas. isi dalamnya dah busuk. ku ambil kentang yang kulitnya dah berkedut-kedut. mesti dah x elok kentang nie. bisik hati aku. sebaliknya, isinya lebih baik dari yang aku sangka.
ramai orang.. menilai hanya dengan pandangan pertama. kadang, pandangan pertama tue tak semestinya betul. kita tengok orang tue pakai tudung labuh, first impression kita mesti agak dia baik. pastu, kita nampak dia jalan dengan lelaki. kita terus hukum dia konon pakai tudung labuh, tapi jalan dengan lelaki. sebenarnya kita tak tahu, lelaki tue adik dia. nampak tak? kita selalu hukum sesorang tanpa bukti yang betul.
kita manusia. semua tak sempurna. manusia sifatnya memang x sempurna. dalam hidup niey, kadang kita dah menyimpang jauh dari landasan hidup yang sebenar. kita tahu benda tue salah. tapi kita tetap buat jugak.
peluang. tak datang banyak kali. mungkin ada peluang kedua. tapi, peluang tue takkan sama dengan peluang pertama. sementara masih berpeluang untuk berubah, aku nak berusaha ke arah itu.. mengubah diri menjadi lebih baik. lebih sopan. lebih menjaga aurat. lebih mendekatkan diri kepada Allah. semoga peluang yang ada bukan untuk aku persiakan. selagi masih sempat. aku akan berusaha.
Wednesday, 30 January 2013
baru aku sedar....
sementara cuti niey.... aku cuba memanfaatkan cuti nie dengan sebaik mungkin... aku cuba buat sesuatu yang dapat mndatangkan faedah untuk diri aku... bukan untuk aku jea.... orang lain juga. mungkin. mungkin selama nie aku tak sedar.... tapi, sejak akhir2 niey... aku baru sedar bahawasanya aku minat menjahit...
tadi..... aku tengok baju2 raya yang lepas... eh, aku pandai la jahit manik yang mcm niey... tetibe, bangga sekejap... kan ada guna nya aku pergi kelas... dapt tambah ilmu. pengalaman baru. ada sape2 nak tempah jahit manik baju raya dengan aku tak? haha.. mahu sebulan aku hadap satu helai baju jea nak siapkan... aku budak baru belajar... kalau salah tolong tunjukkan... bila dah biasa buat nanti,.. lama2 jadi senang la... rambang mata aku tengok hasil jahitan manik yang super duper cantik kat situ..! oh... aku pun nak buat mcm tue jugak...!
dah 2 minggu aku join kelas menjahit manik dan labuci... kat kolej komuniti hulu langat... ala, yang dekat belakang giant tue jea... seronok sebenarnya belajar menjahit niey... tapi, sangat memerlukan kesabaran... yang tinggi okeyh?? kalau agak2 kurang sabar tue kena fikir doplohempat kali nak menjahit ke tak... sebenarnya, aku tak plan pon nak masuk kelas menjahit... aku prefer kelas ict, akaun, english skills or something yang lain la drpd menjahit... tapi, bila aku fikir2 balik, ada baiknya jugak aku belajar jahit manik niey... nanti, boleh jahit sendiri kan kan?
tadi..... aku tengok baju2 raya yang lepas... eh, aku pandai la jahit manik yang mcm niey... tetibe, bangga sekejap... kan ada guna nya aku pergi kelas... dapt tambah ilmu. pengalaman baru. ada sape2 nak tempah jahit manik baju raya dengan aku tak? haha.. mahu sebulan aku hadap satu helai baju jea nak siapkan... aku budak baru belajar... kalau salah tolong tunjukkan... bila dah biasa buat nanti,.. lama2 jadi senang la... rambang mata aku tengok hasil jahitan manik yang super duper cantik kat situ..! oh... aku pun nak buat mcm tue jugak...!
Wednesday, 16 January 2013
hati aku TAK tentu arah...!
entah kenapa... aku sendiri tak tahu.... kenapa hati aku terselit perasaan tak gembira?? puas dah aku pikir2 balik... ada apa yang x kena?? rasanya semua yang berlaku hari niey okay2 belaka... tapi, kenapa tiba2 hati aku niey rasa macam x sedap semacam?? nak senyum pun susah... dgr org cakap dgn aku pon buat endah x endah jea... org gelak pon aq boleh tibai diam jea... malaun betol..!
selalunya.... kalau ada ape2 masalah sekalipun... kalau dgn family mesti perasaan happy tue dtg sekejap... niey langsung mcm org xde perasaan jea aq duduk jadik tunggul kat situ... mcm x tau ape2... padahal aku dgr jea dorg cakap... entah la... x tau tang mana yg salah tue?
dah kenapa hati aku niey?? merajuk dgn tuan dia ke?? mungkin aku alpa... kurang mendekatkan diri dengan Nya.. masalahnya, baru sejam dua niey tetiba feeling aku rasa lain mcm sikit... tak happppppy.... takkkk seronoookkk... tak bahagiiaaaa... tak gembira..... semuanya TAK lah... org tegur aku pon malas nak layan... sorry.... perasaan moody sikit hari niey... padahal petang tadi baru aku lepas dok bantai gelak semangat gila sembang2 kenangan lama hua hua hua dgn membe pengubat duka lara niey...! serius.. muka dia sentiasa nak tunjuk happy jea... seronok weh gua cakap... rugi hangpa yang x kawan dgn dia,...
mardhati mazlan...=) seriously...! aku rindu sangat kat kau....!! bila dpt stay up sampai pukul 2 pagi lagi??
mardhati mazlan...=) seriously...! aku rindu sangat kat kau....!! bila dpt stay up sampai pukul 2 pagi lagi??
Tuesday, 8 January 2013
bila MALAM menjelang...
aku dah tak tau nak buat ape... aku x suka tgok tv... lg best layan novel tak pon mghadap dpn laptop... tak elok yea adik2 kakak2 abg2... saya x pe... sementara lpas hais spm niey.... hehe.. duduk rumah, jadi maid separuh masa... kemas rumah, basuh baju angkat baju tue sume rutin biasa... penat nak merungut dah... ikhlaskan hati.,.. buat jela...
malam2 macam niey... stalking facebook kawan2... tgok khabar dorang... tgok pkmbgan dorg... ada yg da sibuk bekerja... ada jugak yg jadi petani terhormat macam aku dengan mengumpul paling banyak tanaman anggur kat rumah... hebat kan kami?? hikhik... padahal menghabiskan beras jea kat rumah..!
tahun baru, banyak misi baru yang perlu diselesaikan... banyak benda baru nak kena buat... banyak benda baru nak kena belajar... betullah kata2 mereka... belajar xkan habis kecuali bila kita mati...
kadang, bila malam perasaan rindu itu datang sendiri...perit kan pendam rindu sorang2..? yea, saya tahu... saya x nak malam berakhir... kerana esoknya rindu tue akan hilang... saya rindu masa itu... sungguh saya rindu=)
Monday, 7 January 2013
Thursday, 3 January 2013
TAHNIAH wira wirawati negara...
hanya ucapan TAHNIAH yang boleh aku ucapkan kepada mereka yang mendapat tawaran menjadi Pelatih Latihan Khidmat Negara 2012... mungkin ada antara mereka yang xnak pergi... tapi, awak beruntung sebab awak semua dapat pergi tempat orang, dapat rasa pengalaman, dapat berdikari, dapat kenal kawan2 baru... sungguh, kalau saya dapat mesti saya terharu walaupun dihantar ke sabah sarawak sekalipun... alhamdulillah... lagi saya bersyukur... duduk jauh dgn family bukan alasan... sebelum niey pon duduk asrama okay jea... bukan lama pon... kita kan 3 bulan jea... mereka yang akan datang lagi kesian...
untuk dua orang sahabat terbaik saya.... saya ucapkan semoga gembira di sana nanti.... do your best... in shaa Allah, things will go smoothly... just follow the flow dear... at the end, everything will be okay.... percayalah, Allah da mengatur perancangan yg paling baik untuk kita.... jangan menyesal, mungkin ada hikmah disebaliknya....
# Noor Fatihah binti Yusof.... jaga diri baik2 kat PLKN MANTIN tue... tak jauh mane lah... dekat jea... nanti senang2 boleh datang jenguk in shaa Allah kalau free waktu birthday kau nanti... ingat..! nanti sharing la kat ktaorg pengalaman berharga kau tue...!
# Nurul Izzah Atiqah binti Bahtiyar.... kuatkan diri... kuatkan semangat walaupun kau kena hantar nun jauh kat PLKN SARAWAK tue... tapi takpe, kutip sebanyak mungkin pengalaman kat tempat org... moga2 berharga untuk diri kau dan org lain...
antara kami.... hanya mereka dua yang terpilih... Allah ada sebab kenapa mereka dipilh... jangan sesekali menyesali takdir... untuk kalian... ingat pesan saya... jaga hati... jaga iman... jaga aurat... jaga solat dan jaga pergaulan kat sana nanti... bila awak rindu, telefon lah saya... PENGALAMAN MERUPAKAN GURU YANG PALING BERHARGA DALAM KEHIDUPAN=)
Thursday, 13 December 2012
aku, kenangan dan mereka...
assalamualaikum.... tetiba perasaan nak taip entry membuak-buak...
sekian lama aku takut nak menghadapi saat2 akhir aku sebagai form 5 student.... at last..! I have to admit that times will still going on.. . bukan aku takut nak menghadapi dunia luar sensorang... bukan aku takut aku tak dipedulikan.. tapi... aku takut KEHILANGAN mereka... mereka yang sangat aku sayang dan aku rindu.. Ya Allah... kau permudahkanlah urusan kami di dunia ini.....
tepat pukul 4 petang jam dewan tanggal 6 Disember 2012... kedengaran suara pengawas peperiksaan ' masa dah tamat, sila letakkan pen anda sekarang'... saat itu, ada satu perasaan asing tetibe menerpa dalam hati aku... aku dah habis spm k? aku dah merdeka k? aku akan kehilangan kawan2 aku yang bersama2 dgn aku selama beberapa tahun ke? sungguh, aku tak sanggup!
keluar dari dewan.. aku melangkah longlai balik kat asrama... barang2 semua tak kemas lagi... aku tak nak balik... aku tak nak tinggalkan kenangan niey.. aku tak nak tinggalkan kawan2 aku ini... aku tak nak berpisah dgn mereka... aku buat keputusan untuk stay lama sikit... untuk habiskan sisa2 terakhir kenangan kami.... kenangan akhir..., aku call kakak aku suruh amik aku balik dr asrama pkul 6.30 petang... semata2 nak bersenda gurau dgn mereka selagi masih sempat... sebulan itulah yang mencoretkan kenangan paling bermakna buat kami...
aku rindukan kenangan yang paling manis itu... aku rindu pergi makan sama2.. aku rindu stay up malam2 sama2.. aq rindu main badminton, skipping, lompat tikus and true or dare sama2.. aku rindu kita tidur sama2.. aku rindu kita gelak2, cerita bersama... aku rindu saat kita melangkah masuk dan keluar dewan sama2.. aku sangat rindu semua yang kita buat sama2...
for the last thing.... aku bukan hanya rindukan mereka... tapi.. kenangan bersama mereka yang paling aku rindukan... aku takut kenangan tue akan hilang bila kita sama2 mmbawa haluan masing2... aku akui... banyak salah silap yang pernah aku lakukan sepanjang tempoh kita kenal.. suka duka dalam persahabatan umpama perasa yang membuatkan hubungan ini kebih bermakna...untuk semua sahabat terbaik dlm hidup saya... saya surayABakar sangat sayangkan awak dan persahabatan ini.... terima kasih untuk semuanya...=)
Sunday, 11 November 2012
kehidupAn ini....
assalamualaikum.....
kenangan bersama sebagai senior of the year takkan aku lupakan....
lawatan terakhir sebagai FORM 5 ... will miss this memory... saat ini menjadi saksi persahabatan kita...
ketika ini, aku sangat merindukan sahabat2 ku yang pernah sama2 melalui suka duka bersama ku.. saat kita ketawa, saat kita menangis bersama.. hakikatnya, aku sangat merindui waktu untuk kita bersama... tiada kata yang dapat aku lafazkan... yang pasti.. aku merindui kalian...! sangat merindui sahabatku... tak dapat aku bayangkan setelah berakhirnya saat yang kita nantikan, adakah lagi pertemuan antara kita? awak semua, tiada apa yang dapat membahagiakan saya selain kasih sayang... mungkin dari awak semua juga...= saya tak tahu kenapa tiba2 saya terbayang saat2 perpisahan dengan mereka... plus, mungkin saya terlalu memikirkan senario yang berlaku sekarang... antara saya dan mereka... banyak mengubah cara hidup kita..
let's picture do the talking... i miss this time much...!
kenangan bersama sebagai senior of the year takkan aku lupakan....
korang ingat tak time niey kita sambut birthday izzah ngan wawa skali??
dengan coretan kebahagiaan dan sedikit kesedihan.....
lawatan terakhir sebagai FORM 5 ... will miss this memory... saat ini menjadi saksi persahabatan kita...
event terakhir kita gathering sama2 sebagai kawan, sahabat dan teman...
percayalah..! aku sangat bahagia bila melihat korang bahagia walaupun tanpa kehadiran aku... cukuplah, senyuman bahagia yaang mampu kita ukirkan saat2 kita bersama banyak mengajar aku erti sebenar kehidupan, persahabatan, kasih sayang dan kepercayaan...
YA ALLAH... jika perpisahan ini yang terbaik buat ku, aku redha dengan ketetapanmu... satu harapan yang ku pinta... biarkan aku terus bahagia walau tidak terus bersama mereka lagi nanti... jangan kau tarik kebahagiaan ini... kerana mereka juga layak untuk terus bahagia.. hakikat yang mungkin takkan berubah...! saya sangat menyayangi mereka... selamanya..! selagi matahari masih terbit di sebelah timur.. selagi itu, aku memegang teguh kata2 yang pernah aku coretkan di buku2 nota kalian...
"friendship is one relationship that we must take care n love it.."
things end BUT memories will never be erase=)
Tuesday, 16 October 2012
yess...!!!!! I'm GRADUATED...
assalamualaikum..... ahad adalah hari yang sungguh membahagiakan... kenapa? Im graduated..! kerana akhirnya aku berjaya untuk menamatkan sesi persekolahan selama sebelas tahun.... untuk semua FORM 5 2012... TAHNIAH...!!! kerana kita antara ribuan mereka yang berjaya:))
sesi kelmarin berjalan dengan lancar... sampai kat hotel residen pukul 12... cari2 mana kawan2.. okay dah jumpa... g daftar, amik jubah graduate, apalagi..? JOM SNAP..! tgah syok2 snapping dengar azan.. jom g solat dulu.. lpas tue majlis nak start dah.... senyum dan jalan dengan bangganya... dalam hati.. *aq nak dapat scroll kejap lg*...
teringat kata2 MC... tahun ini RESIDEN HOTEL menjadi saksi graduasi kami... mungkin selepas ini kami tawan PWTC.. atau mungkin juga PICC... *dari angan2 dan impian lah tercapainya kenyataan kan?*
nak tahu apa yang paling menduga saya waktu ini?? yea, sememangnya saya sangat bersedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan2... orang lain semua dpt dduk satu meja dengan kawan2... saya? kat mana saya duduk?? sob*sob*.. saya kena duduk dengan cikgu... sebab org tue susun kerusi x betul.. okay! serius! saya sangat geram waktu tue... bila saya tanya cikgu...
saya : cikgu, saya duduk meja no brape yea?
cikgu : owh, awk pye meja G5..
saya : dalah hati..# bendalah apa plak G5 (GURU MEJA NO.5) niey.
..# cikgu? saya bukan meja 14 ke??
cikgu : meja da rombak suraya... dorg susun kerusi x sama.. ada meja 8 ada meja 10...
saya : YA ALLAH cikgu,, nanti mcm mana saya nak amik2 gambar ngan kawan2 kt meja...?
cikgu : pandai2 kamu la suraya...
*******************************
okay... aku sentap..! sedih doe.. dalam baru nak gembira aku terkejut dapat berita yang merobek tangkai hatiku... macam mana niey..?? xpe2.. buat muka relax jea... okay! aq sangat malu sebenarnya dduk ngan cikgu2.. rasa cam x layak dan terpinggir jea dduk kat situ... malu..!
abis pengetua ngan YDP pibg bg ucapan.. start la bg sijil graduasi... okay.. nama saya last... saya agak kekok nak naik pentas sebab saya tahu nt saya dapat tepukan gemuruh... saya malu... tapi, sememangnya dlm hati saya,, saya mengaku yang saya teramat bangga pada hari itu.. rasa saya seolah2 diberi satu penghormatan yg sangat besar..!! terima kasih awak semua..!! yang sudi tepuk tangan untuk saya..
lastly..! makan time... makanan??? sangat banyak okeyh???? 19 jenis.. yea, mungkin x sebanyak sekolah awak2 semua.. tapi.. itu pon saya sampai x tahu nak pilih makanan yang mana..
*mee soto *rojak *salad *keropok lekor
*buah pelbagai *sandwich * bluberry cheese tart * kuih muih * pizza * spagethi * fish finger * roti ape ntah * nasi goreng kampung * teh tarik * cendol *lain2 x ingat... maaf! saya cuma ingat apa yg saya makan jea... x mampu nk rasa semua makanan... full tank.. wink wink~
............antara mereka yang hadir........
kesimpulannya, saya sangat happy pada hari tersebut.. x dpt nk dgambarkan dgn kata2... last but not least... bila kawan2 serta cikgu tanya apa perasaan saya bila dapat tepukan gemuruh....?? saya dengan ini mengaku perasaan saya bercampur baur antara malu... bahagia... gembira... terharu dan sangat bangga...
*mak mesti bangga bila anak dia dapat tepukan gemuruh.. tak sia2 mak bagi nama anak dia*
sesi kelmarin berjalan dengan lancar... sampai kat hotel residen pukul 12... cari2 mana kawan2.. okay dah jumpa... g daftar, amik jubah graduate, apalagi..? JOM SNAP..! tgah syok2 snapping dengar azan.. jom g solat dulu.. lpas tue majlis nak start dah.... senyum dan jalan dengan bangganya... dalam hati.. *aq nak dapat scroll kejap lg*...
teringat kata2 MC... tahun ini RESIDEN HOTEL menjadi saksi graduasi kami... mungkin selepas ini kami tawan PWTC.. atau mungkin juga PICC... *dari angan2 dan impian lah tercapainya kenyataan kan?*
nak tahu apa yang paling menduga saya waktu ini?? yea, sememangnya saya sangat bersedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan2... orang lain semua dpt dduk satu meja dengan kawan2... saya? kat mana saya duduk?? sob*sob*.. saya kena duduk dengan cikgu... sebab org tue susun kerusi x betul.. okay! serius! saya sangat geram waktu tue... bila saya tanya cikgu...
saya : cikgu, saya duduk meja no brape yea?
cikgu : owh, awk pye meja G5..
saya : dalah hati..# bendalah apa plak G5 (GURU MEJA NO.5) niey.
..# cikgu? saya bukan meja 14 ke??
cikgu : meja da rombak suraya... dorg susun kerusi x sama.. ada meja 8 ada meja 10...
saya : YA ALLAH cikgu,, nanti mcm mana saya nak amik2 gambar ngan kawan2 kt meja...?
cikgu : pandai2 kamu la suraya...
*******************************
okay... aku sentap..! sedih doe.. dalam baru nak gembira aku terkejut dapat berita yang merobek tangkai hatiku... macam mana niey..?? xpe2.. buat muka relax jea... okay! aq sangat malu sebenarnya dduk ngan cikgu2.. rasa cam x layak dan terpinggir jea dduk kat situ... malu..!
abis pengetua ngan YDP pibg bg ucapan.. start la bg sijil graduasi... okay.. nama saya last... saya agak kekok nak naik pentas sebab saya tahu nt saya dapat tepukan gemuruh... saya malu... tapi, sememangnya dlm hati saya,, saya mengaku yang saya teramat bangga pada hari itu.. rasa saya seolah2 diberi satu penghormatan yg sangat besar..!! terima kasih awak semua..!! yang sudi tepuk tangan untuk saya..
lastly..! makan time... makanan??? sangat banyak okeyh???? 19 jenis.. yea, mungkin x sebanyak sekolah awak2 semua.. tapi.. itu pon saya sampai x tahu nak pilih makanan yang mana..
*mee soto *rojak *salad *keropok lekor
*buah pelbagai *sandwich * bluberry cheese tart * kuih muih * pizza * spagethi * fish finger * roti ape ntah * nasi goreng kampung * teh tarik * cendol *lain2 x ingat... maaf! saya cuma ingat apa yg saya makan jea... x mampu nk rasa semua makanan... full tank.. wink wink~
............antara mereka yang hadir........
kesimpulannya, saya sangat happy pada hari tersebut.. x dpt nk dgambarkan dgn kata2... last but not least... bila kawan2 serta cikgu tanya apa perasaan saya bila dapat tepukan gemuruh....?? saya dengan ini mengaku perasaan saya bercampur baur antara malu... bahagia... gembira... terharu dan sangat bangga...
*mak mesti bangga bila anak dia dapat tepukan gemuruh.. tak sia2 mak bagi nama anak dia*
Subscribe to:
Posts (Atom)
































