Dah setahun aku mendiam diri. Tak menulis apa apa. Sejak teknologi smartphone mengambil alih.. Banyak habiskan masa dengan benda lain instead of blogging..
Banyak sebenarnya nak kongsi. Life after STPM.. Dah habis dah zaman study kat sekolah. Tapi perasaan rindu nak sekolah masih tebal lagiii... If and only if boleh sambung degree kat sekolah. Pasti, aku org pertama yg mendaftar..
But then, we get older.. Kena hadap dunia realiti sebenar yang penuh pancaroba nie.. Dugaan yang membangkitkan semangat dan kekuatan.
Till meet next entry. Rindu nak menulis panjang- panjang..
◕ ‿-。 fOr yOu tO see 。-‿◕
Saturday, 30 May 2015
Friday, 12 September 2014
Zoo Negara Volunteer
Sempena Hari Kemerdekaan yang ke 57, kami ahli Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) pergi ke Zoo Negara untuk jadi sukarelawan kat sana. Dia ada bagi sticker Zoo Negara Volunteer untuk tampal kat bahu. So, nampak lah yang kita niey volunteer. Tak boleh pergi pusing2 zoo selagi masa tak habis tau. Kitaorg pergi setengah hari jea.. Boleh pilih nak half day ke full day.. Kitaorg haritue dari 8 pagi sampai 12.30 tengahari... Penat, memang penat habaq hang..! Tapi, pengalaman tu yang mahal..:))
Sampai-sampai, kena bahagi kumpulan dulu.. Untuk bahagi kan kandang2 yang mana kita kena bersihkan.. Group aku, dapat kandang bear..! Dapat -dapat jea kemain kitaorg seronok..! Kakak sampai menjerit keriangan, kebahagiaan, keseronokan.. Mula2 kumpulan besar 8 orang.. sampai kat section yang ditetapkan, kena pecah lagi (3-3-2).. Aku dapat 3 orang.
Sampai kat section, kena tukar paki boot dulu.. Kitaorg tak tau pun kena pakai boot, kalau tau awal2 boleh bawak dari rumah.. Kat sana ada disediakan, tapi kurang selesa sikit lah.. Nasib lah dapat yang terlebih besar ke, kecik ke, koyak ke.. Aku punya kemain oversaiz dia.. Jalan pun dah macam The Hulk dah sebab tak selesa.. Keeper ktaorg baik, taknak bagi kasut kita kotor.. Sebab tue, dia suruh paki boot.. Pastu, bermulalah episod kemas mengemas. Ingatkan kena bersihkan kandang bear jea.. rupanya dia pakej sekali.. kandang seladang, rusa, tikus paling besar di Asia, and BEAR semestinya.. Apa yang kitaorg buat kat sana..? Bersihkan kandang2 kesemua haiwan tersebut.. Sapu kandang, angkat najis-najis haiwan , bagi makanan kat haiwan.. Semua kitaorg buat..! baru lah adventure rasa semua benda yang keeper zoo selalu buat kan..?
Memang seronok...! pengalaman pertama dalam hidup.. dapat merasa kesusahan kepayahan yang dialami oleh keeper Zoo sebelum pelawat sampai. Keeper niey lah yang bertungkus lumus bersihkan tempat2 haiwan nie semua.. Jadi, bila kita jadi volunteer kat sana sekurang-kurangnya dapatlah meringankan beban mereka sekali sekala. Bila jadi pelawat, kita tak nampak semua tue. Kita tengok bersih jea kandang semua. Padahal, keeper terkejar-kejar bersihakan sebelum Zoo dibuka kepada pengunjung masuk.
Gambar waktu membersihkan kandang takde, sebab kitaorg semua tinggal phone kat dalam bag. Sedihhh...:(( Lagipun, memang tak dibenarkan bawak pun.. Sebab tue lah kitaorg tinggal.. Tapi, haiwan kat sini semua makan makanan berkhasiat..! Pelbagai jenis sayuran tempatan ada, buah-buahan.. untuk bear punya lagi special tau..! Siap masak sup lagi untuk dia.. Sup sayur, sup daging. Semua ada.
Habis mengemas sampai pukul 12.30, selesailah misi kami menjadi volunteer zoo negara. Terdamparlah kepenatan kat bilik keeper berehat sebelum kitaorg pergi membersihkan diri untuk jalan2 keliling zoo pulak...! Penuh jugak zoo rupanya walaupun hari merdeka. Cuti mungkin. Sebab tue masing2 bawa peluang menghabiskan masa sambil menambah pengetahuan dan koleksi gambar dengan berkunjung ke zoo. Koleksi gambar tue wajib..! Aku pun sama..:')
Akhirnya, selesailah aktiviti sukarelawan kami di Zoo Negara. Masa niey, sticker pun dah tercabut hilang entah ke mana sebab terlalu gembira buat kerja sampai sticker hilang pun tak perasan. Untuk tambah energy, minumlah air 100 plus kami kongsi sorang sikit sebab dah penat nak jalan pergi beli.. Akak pakai baju biru tu baik..! dia trainer kat Zoo Negara. Amik bidang Zoologist kat UNIMAS..
Habis dah aktivit, kitaorg punyalah beria2 nak tengok panda kononnya. Tapi, disebabkan terlalu ramai dan kesuntukan masa kitaorg pilih untuk masuk 6D Adventure dgn bayaran RM 12 seorang...
Last but not least, menjadi volunteer zoo negara seriously seronok.....!! Eh, Korang pernah pergi zoo naik roller coaster..? kitaorg naik.. walaupun bukan betul-betul tapi serius perasaan dia tue lagi best daripada naik yang sebenar... Nak rasa naik roller coaster 6D..? cubalah.. Confirm, tak menyesal...! Berakhirlah hari kami menjadi Volunteer Zoo Negara. Nanti, nak dtg lagi jadi Volunteer. Yuran nak jadi volunteer memag lah sangat affordable and reasonable.. RM 10 jea setahun kalau tak silap. Kiranya, kalau dah bayar sekali untuk tahun tue, nak datang lain kali tak payah bayar dah..
Itulah kisah kami menjadi volunteer Zoo Negara. Jomlah..! pakat ramai-ramai jadi volunteer Zoo Negara. Dapatlah kita menyumbang khidmat dan bakti secara sukarela...!
She left us..:')
Terima kasih pernah datang, lalu
menghilang.
Terima kasih pernah ada, lalu tiada.
Terima kasih pernah menghibur, lalu kabur.
Namun aku tetap yakin, segala yang
diaturkan oleh Allah,
dalam kehidupan ini,
semuanya akan memberikan hikmah diluar
jangkaan kita :')
Life is about trusting our
feelings, taking chances, losing and finding
happiness, appreciating the
memories, and learning from the past..:'))
Monday, 21 April 2014
OUR PAST, PRESENT AND FUTURE :)
Dalam persahabatan, Pasti ada pergaduhan. Pergaduhan hanyalah seketika, Nanti akan kawan semula. Sebab, Erti persahabatan sangatlah bermakna. Aku akui . Erti persahabatan membawa kita belajar dan mengenal dunia di sekeliling kita.Tipulah kawan sendiri tak pernah mengumpat pasal kita dekat belakang kita even once. I admit, i did it too..:)) but then, we forget all the bad things about each other and still stay with each other along the journey and keep having fun together...
Kita pernah bergaduh. Pernah ada salah faham. Pernah ada yang terluka dan kecewa dengan sikap kita masing-masing. Kita semua tak sempurna. Semua ada salah silap. Tapi ketidak sempurnaan itu bukanlah alasan untuk kita terus berada dalam kesalahan. Kawan-kawan di sekeliling kita lah yang membantu kita untuk positif kan diri dan minda kita. Dalam persahabatan, adatlah kalau ada yang terasa dan sakit hati. Kita manusia ada pelbagai ragam.
Moments is like a garden of memories....! something to remember all over the time.. the moments that we share together.. the sweet and the bad times that we had been through in our relations... Sharing our great time togethers are the major best thing in my life that i've been missing it over and over. I still hope that we will always take care and love our friendship like we always do..:)) Spending our times to hear about each other loves stories, their problems, studies, sickness and out of all the best thing was hanging around celebrating and surprisings each others birthdays with most beautiful moments that created by us..!
Our sweet moments in January's..:))
Spending our times together in February..=)
Outing together for delicious pizza's in March..!
Celebrating together our April's babies..:))
Nur Syakirah, Nurul Nasuha, Hesty Natalia, Aqirah Atiq, Hayatul Mala, Amyza ...:))
Dear best friends, I don't know how to thank you but I'm lucky to have you in my life...!
Sunday, 29 September 2013
sepintas lalu..:')
sekian lama rasanya aku menyepi .. takde cerita yang menarik, mungkin... atau kemalasan tahap kritikal yang melanda aku... tapi, hari niey.. aku punya semangat nak update entry baru.. ada cerita.. cerita bersama mereka. mereka yang membuat kan sayang aku bersaiz xxl untuk mereka..
terima kasih kalian..., untuk kenangan yang sangat berharga tahun niey.. sungguh, memori yang tercipta sangat bermakna.. tak terucap rasanya sayang dan rindu ini...
terima kasih kalian..., untuk kenangan yang sangat berharga tahun niey.. sungguh, memori yang tercipta sangat bermakna.. tak terucap rasanya sayang dan rindu ini...
Dear, friend... honestly, i really love all of you much...:') mala, myza, qyra and suha... aku hanya mengharapkan perkenalan ini kekal selamanya... kadang, bila aku fikir2 balik... aku sendiri tak sangka yang perasaan ini akan hadir... alhamdulillah.. aku dah jumpa 'dia' yang aku cari selama niey....! thank you to all of you... you make my life soooo cheerfullll.....!
You are truly a wonderful part of my life. I love you. If you're alone. I'll be your shadow. If you want to cry. I'll be your shoulder. If you need to be happy. I'll be your smile. But every time you need a best friend. I'll just be there.. I wish I can be with you 24 hours a day, Dear. I love you so so so much.:')
Ukhwah ibarat satu janji yang dibuat dalam hati. Tak dapat ditulis, tak dapat dibaca. Namun,takkan terpisah dek jarak, takkan berubah oleh masa. Sedetik di mata, selamanya di jiwa... sekali kita berkawan.. kita akan terus bersama...:')
Thanks for being my friend...!
Thanks for being my friend...!
Thursday, 11 July 2013
RAMADHAN datang lagi....:))
alhamdulillah... hari pertama puasa berjalan dengan lancar... 28 days more to go... in shaa Allah... puasa tahun niey.. masih lagi bergelar pelajar sekolah... tapi, saya dah upgrade sikit.. pelajar pra-u... masih lg balik dengan muka penat... menarik...! hari pertama puasa dekat sekolah... tengok gelagat masing2.. dengan muka keletihan hari pertama.. kenaangaaannnnn....
aku, masih setia berbaju sekolah... setia menjadi pelajar pra-u.. honestly, sampai saat niey pun aku masih lagi tengah mencuba untuk membiasakan diri dengan suasana sekolah baru... first time dapat belajar dengan teacher bangsa india, cina... seriusly, satu pengalaman yang sangat baru untuk aku... dengan suasana belajar dan persekitaran aku yang baru... cukup untuk buat aku belajar terima segalanya... kawan2.. aku masih lagi mencari 'dia' yg bergelar kawan, sahabat dan teman aku untuk aku meneruskan perjuangan kat sini...
sedih... sangat..! aku seolah-olah masuk dunia baru.. dunia yang aku tak pernah alami sebelum niey... aku masih belum biasa dengan keadaan ini... sayu rasa hati, bila kawan yang menjadi semangat aku untuk terus setia kat sini, akhirnya... pindah ke sekolah lain... seminggu aku pergi sekolah dengan hati yang pasrah... tiap malam aku tak lena tidur... berulang-ulang kali aku fikir... betul ke ini keputusan muktamad aku...??
sebulan dah berlalu... hari niey aku masih setia dengan sekolah ini... sekolah yang bakal mencipta satu lagi lembaran kenangan dalam hidup aku... aku cuba, tengah mencuba, dan masih lagi mencuba untuk terima segalanya... mungkin ini keputusan terbaik yang harus aku lalui... sungguh, aku terima semua nya dengan rela hati... belajar subjek geografi aku tak pernah minat sebelum niey... PMR pun dapat C.. sekarang, aku kena belajar untuk jatuh cinta dengan subjek-subjek ini... pengajian am, muet, sejarah, bahasa melayu, geografi, ekonomi... please love me tooo......=)
akhir kata, rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan, salam ramadhan dan selamat berpuasa...!
Saturday, 15 June 2013
new CHAPTER in my life...:')
satu episod kehidupan setengah tahun telah aku lakonkan... aku hanyalah pelakon yang melakonkan watak aku dalam cerita hidup aku... at all, Allah had plans everything the best for me...
bemula detik ini, aku secara rasminya bergelar pelajar pra-u kat smk saas, kajang. yea.. aku tahu banyak yang tanya kenapa nak pilih f6..? tak apply upu ke..?, tak dapat matrix ke...? asasi tak dapat ke..? taknak amik diploma ke..? dear questionners, i dont even have any answer for that... as for me, aku rasa mungkin ini jalan aku.. aku yakin, rezeki Allah ada kat mana2... mungkin bukan masa nye aku bergelar pelajar universiti... tapi, aku lebih suka jalan yang aku pilih sekarang... mungkin, ada yang malu menyarung kembali baju sekolah selepas beberapa bulan meninggalkan alam persekolahan.. yea, aku pernah rasa benda yang sama jugak... tapi, aku tepis perasaan tue jauh2... doaku... Allah, ikhlaskan hati aku untuk masuk form 6 niey..
back to alam sekolah.. bermula rutin aku setiap pagi untuk bangun dan bersiap ke sekolah.. naik bas rapid... betapa lamanya aku tinggalkan kenangan tunggu bas setiap pagi untuk ke sekolah.. and now, im back as usual.. sekolah baru, suasana baru, tempat baru, masa belajar baru, cikgu baru, kawan baru dan lama, dan aku mesti mencipta kenangan baru kat sini... mula2 masuk kelas, sungguh... aku terasa sangat janggal untuk berada dalam kalangan mereka... terima kasih untuk semua yang melayan aku sebaiknye pada hari pertama aku... dear friends, please be nice to me...
jujurnya, banyak masalah yang aku hadapi sebelum aku bergelar pelajar pra-u secara rasminya... kena tendang mcm bola... pergi sini sana, call sini sana... hingga satu masa aku sendiri hampir putus asa untuk teruskan niat yang selama niey aku inginkan... at last, usaha aku tak sia2...
time for study hard... kena selalu ingatkan diri sendiri... this is not a honeymoon time... dear myself, please be strong... kuatkan semangat... everything will be okay then... jangan dgr kata2 mereka yang putuskan semangat awak... langkahlah kedepan dengan rasa yakin awak boleh... In shaa Allah...
Subscribe to:
Posts (Atom)