Friday, 12 September 2014

Zoo Negara Volunteer

Sempena Hari Kemerdekaan yang ke 57, kami ahli Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) pergi ke Zoo Negara untuk jadi sukarelawan kat sana. Dia ada bagi sticker Zoo Negara Volunteer untuk tampal kat bahu. So, nampak lah yang kita niey volunteer. Tak boleh pergi pusing2 zoo selagi masa tak habis tau. Kitaorg pergi setengah hari jea.. Boleh pilih nak half day ke full day.. Kitaorg haritue dari 8 pagi sampai 12.30 tengahari... Penat, memang penat habaq hang..! Tapi, pengalaman tu yang mahal..:)) 



Sampai-sampai, kena bahagi kumpulan dulu.. Untuk bahagi kan kandang2 yang mana kita kena bersihkan.. Group aku, dapat kandang bear..! Dapat -dapat jea kemain kitaorg seronok..! Kakak sampai menjerit keriangan, kebahagiaan, keseronokan.. Mula2 kumpulan besar 8 orang.. sampai kat section yang ditetapkan, kena pecah lagi (3-3-2).. Aku dapat 3 orang.




Sampai kat section, kena tukar paki boot dulu.. Kitaorg tak tau pun kena pakai boot, kalau tau awal2 boleh bawak dari rumah.. Kat sana ada disediakan, tapi kurang selesa sikit lah.. Nasib lah dapat yang terlebih besar ke, kecik ke, koyak ke.. Aku punya kemain oversaiz dia.. Jalan pun dah macam The Hulk dah sebab tak selesa.. Keeper ktaorg baik, taknak bagi kasut kita kotor.. Sebab tue, dia suruh paki boot.. Pastu, bermulalah episod kemas mengemas. Ingatkan kena bersihkan kandang bear jea.. rupanya dia pakej sekali.. kandang seladang, rusa, tikus paling besar di Asia, and BEAR semestinya.. Apa yang kitaorg buat kat sana..? Bersihkan kandang2 kesemua haiwan tersebut.. Sapu kandang, angkat najis-najis haiwan , bagi makanan kat haiwan.. Semua kitaorg buat..! baru lah adventure rasa semua benda yang keeper zoo selalu buat kan..?





Memang seronok...! pengalaman pertama dalam hidup.. dapat merasa kesusahan kepayahan yang dialami oleh keeper Zoo sebelum pelawat sampai. Keeper niey lah yang bertungkus lumus bersihkan tempat2 haiwan nie semua.. Jadi, bila kita jadi volunteer kat sana sekurang-kurangnya dapatlah meringankan  beban mereka sekali sekala. Bila jadi pelawat, kita tak nampak semua tue. Kita tengok bersih jea kandang semua. Padahal, keeper terkejar-kejar bersihakan sebelum Zoo dibuka kepada pengunjung masuk.

Gambar waktu membersihkan kandang takde, sebab kitaorg semua tinggal phone kat dalam bag. Sedihhh...:(( Lagipun, memang tak dibenarkan bawak pun.. Sebab tue lah kitaorg tinggal.. Tapi, haiwan kat sini semua makan makanan berkhasiat..! Pelbagai jenis sayuran tempatan ada, buah-buahan.. untuk bear punya lagi special tau..! Siap masak sup lagi untuk dia.. Sup sayur, sup daging. Semua ada. 

Habis mengemas sampai pukul 12.30, selesailah misi kami menjadi volunteer zoo negara. Terdamparlah kepenatan kat bilik keeper berehat sebelum kitaorg pergi membersihkan diri untuk jalan2 keliling zoo pulak...! Penuh jugak zoo rupanya walaupun hari merdeka. Cuti mungkin. Sebab tue masing2 bawa peluang menghabiskan masa sambil menambah pengetahuan dan koleksi gambar dengan berkunjung ke zoo. Koleksi gambar tue wajib..! Aku pun sama..:')




Akhirnya, selesailah aktiviti sukarelawan kami di Zoo Negara. Masa niey, sticker pun dah tercabut hilang entah ke mana sebab terlalu gembira buat kerja sampai sticker hilang pun tak perasan. Untuk tambah energy, minumlah air 100 plus kami kongsi sorang sikit sebab dah penat nak jalan pergi beli.. Akak pakai baju biru tu baik..! dia trainer kat Zoo Negara. Amik bidang Zoologist kat UNIMAS..
Habis dah aktivit, kitaorg punyalah beria2 nak tengok panda kononnya. Tapi, disebabkan terlalu ramai dan kesuntukan masa kitaorg pilih untuk masuk 6D Adventure dgn bayaran RM 12 seorang... 

Last but not least, menjadi volunteer zoo negara seriously seronok.....!! Eh, Korang pernah pergi zoo naik roller coaster..? kitaorg naik.. walaupun bukan betul-betul tapi serius perasaan dia tue lagi best daripada naik yang sebenar... Nak rasa naik roller coaster 6D..? cubalah.. Confirm, tak menyesal...! Berakhirlah hari kami menjadi Volunteer Zoo Negara. Nanti, nak dtg lagi jadi Volunteer. Yuran nak jadi volunteer memag lah sangat affordable and reasonable.. RM 10 jea setahun kalau tak silap. Kiranya, kalau dah bayar sekali untuk tahun tue, nak datang lain kali tak payah bayar dah.. 

Itulah kisah kami menjadi volunteer Zoo Negara. Jomlah..! pakat ramai-ramai jadi volunteer Zoo Negara. Dapatlah kita menyumbang khidmat dan bakti secara sukarela...!

She left us..:')


Terima kasih pernah datang, lalu menghilang.

Terima kasih pernah ada, lalu tiada.

Terima kasih pernah menghibur, lalu kabur.

Namun aku tetap yakin, segala yang diaturkan oleh Allah,
dalam kehidupan ini,

semuanya akan memberikan hikmah diluar jangkaan kita :')


Life is about trusting our feelings, taking chances, losing and finding 

happiness, appreciating the memories, and learning from the past..:'))