today, this special dedication will go to them...
# kak sue...terima kasih banyak untuk kepercayaan akak terhadap sue... terima kasih pinjamkan anak2 akak yang bijak-bijak belaka tue...
# angah... terima kasih untuk buat sue selalu sangat terkejut.. terima kasih sudi jadi kawan sue.. terima kasih untuk percaya dengan kata2 sue... terima kasih untuk tak percaya dengan cerita-cerita mengarut yang angah dengar tue...
# am.. terima kasih untuk semua lawak jenaka dan cerita yang tak pernah habis tue..dah penat nanti, sue belanja tea 'o' ais satu... hehehe... terima kasih jadi kawan sue yang banyak ajar sue untuk terima hakikat seadanya... Am, mungkin kau tak tahu yang aku bukan ajak kau lepak taman untuk aku jumpa dengan kau suka2.. the truth is, aku cuba untuk bagi kau peluang jumpa dengan dia...
# abg man.. terima kasih untuk perhatian terhadap kami.. terima kasih jugak sebab sentiasa bermurah hati nak belanja kami...
# mona.. terima kasih sebab sudi jadi pendengar yg baik untuk aku borak sakan.. kau wajib tahu, yang aku tak pernah punya perasaan untuk dia. sayang aku, cuma sebagai kawan. kau tipulah satu dunia sekali pun yang kau takde perasaan cemburu kat aku, tapi.. kau tak boleh tipu aku.. sayangku, awak tak pandai menipu.. aku boleh nampak dari mata kau.. mungkin kau pun tak tahu, bukan niat aku nak msg dia setiap hari untuk suka2.. aku hanya berusaha dan mencuba untuk buat dia rasa diterima dan tak dipinggir oleh orang ramai...
# untuk kakak dan adik ku... terima kasih untuk menjadi penguat semangat aku bila terkadang aku juga lemah... terima kasih kerana setia mendengar cerita penglipur lara ini...
# *****... aku tak kisah walaupun aku dikatakan bangsat sekalipun... merosakkan adik orang.. menjadi orang tengah tak bergaji... hakikatnya, aku hanya mencuba membahagiakan orang disekeliling aku... mungkin kau tak tahu, aku bahagia bila tengok orang lain boleh tersenyum gembira... apa lagi alasan yang kau nak aku bagi..?? lepas kau cakap aku macam tue.. sungguh, aku tak sangka macam niey akhirnya..!
# haziq.. awish.. nurin.. aniq.. hamisz dan qaseh... kak sue sayang korang..! belaja rajin2 yea adik2.. nanti kak sue ada masa, kak sue datang rumah yea..! nanti jgn nangis nak ikut kak sue balik tau..!
terlalu banyak harapan yang aku inginkan... aku tak punya banyak masa untuk mencoret segalanya... mungkin lepas niey, kita tak punya banyak masa untuk saling bertegur sapa, bergurau senda, berlawak jenaka atau keluar sama-sama lagi...
* kak sue, angah, am, mona, sue tak janji untuk sentiasa ada masa terluang, tapi sue berusaha untuk sentiasa ada masa di setiap masa kalian perlukan sue... mungkin. mereka yang hadir dalam hidup aku merupakan ujian untuk diri ini.. sue sangat menghargai kehadiran kalian dalam hidup sue... banyak mencorakkan kenangan manis dalam episod hidup sue... terima kasih untuk segala-galanya... sue sayang kalian semua..=)