Sunday 29 January 2012

surAt terbukA seOrang pelAjar untuk DS Rosmah Mansor

Anak muda  
Surat Terbuka daripada seorang pelajar untuk Datin Seri Rosmah Mansor
Assalamualaikum Datin Seri. Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. Julai 2011 lalu, genaplah usia saya 19 tahun.

Saya perkenalkan diri, sebagai remaja yang ingin tahu. Apa jua medium yang termampu saya pergunakan, saya usahakan sebaiknya agar saya dapat mengikuti perkembangan semasa, khususnya berkenaan negara Malaysia yang tercinta ini.

Iya, Datin Seri. Umur saya, sangat muda. Kedudukan saya, jauh benarlah kiranya dibandingkan dengan Datin Seri. Namun, saya yakin dan percaya, andai umurlah yang menjadi penentu kelayakan seseorang untuk bersuara, tidaklah layak sama sekali untuk suami Datin Seri memegang amanah pentadbiran negara sekarang, kerana di luar sana terdapat ramai yang lebih tua usianya!

Tegas saya, saya adalah remaja yang memerhati. Saya tidak mahu, sekadar menjadi manusia yang kerjanya memuaskan tembolok sendiri. Tidak juga hanya terpaku di bilik darjah, ‘menelan’ buku teks sekolah. Saya percaya, erti hidup pada memberi!
Datin Seri Rosmah Mansur yang saya hormati,
Saya pohon jutaan kemaafan, andai surat kecil ini menyinggung Datin Seri. Saya tidak berniat untuk menyakiti hati Datin Seri, jauh sekali memburuk-burukkan. Surat kecil ini, hanyalah usaha kerdil saya, menyampaikan isi hati. Ia hanyalah suara hati dan pandangan seorang anak muda. KASIH SAYANG KEPADA RAKYAT
Datin Seri,
Pernah suatu pagi, saya dibawa ibu untuk menziarahi jenazah anak tunggal seorang jiran kami. Kanak-kanak kecil itu, baru berusia 6 tahun. Khairani namanya. Runtun rasa di hati, sebaik melihat keadaan rumah tempat tinggalnya kanak-kanak itu bersama ibunya. Saya cuba membayangkan, bagaimanalah andainya hujan lebat menimpa bumbung rumah itu. Atapnya berlubang-lubang, hinggakan saya fikir memadai dengan cahaya matahari yang ‘mencuri’ masuk melaluinya untuk menyinari ruang dalam rumah daif itu. Saya terpaksa melangkah berhati-hati, kerana lantainya berkeriut dan goyah sekali.

Hadir insaf dan syukur di dalam hati saya, bahawa betapa saya memiliki hidup yang jauh lebih baik dan selesa berbanding ramai lagi rakyat kebanyakan.

Di sekolah, saya punyai rakan-rakan yang sulit sekali melangsaikan yuran bulanan asrama. Bukan culas, bukan malas, tetapi kesempitan hidup menyukarkan mereka. Adik-beradik ramai yang masih bersekolah, ditambah taraf hidup dan kos keperluan yang kian meningkat dari sehari ke sehari, semuanya membebankan!
Datin Seri,
Sungguh saya tidak mampu mengelakkan rasa kecewa, apabila mengetahui yang Datin Seri bermalam di sebuah hotel di Dubai dengan kos melebihi RM100, 000 semalaman. Sehingga ke hari ini, saya  masih teringatkan rumah daif adik Khairani, juga nasib ramai lagi yang saya temui sepanjang umur ini. Saya tahu, betapa besarnya urusan Datin Seri, juga kedudukan Datin Seri. Mungkin memang Datin Seri berhak, tetapi, apakah Datin Seri langsung tidak teringatkan kami, rakyat yang kesusahan? Apakah Datin Seri langsung tidak terfikirkan nasib ratusan, ribuan lagi rakyat yang tidak bernasib baik?

Apakah tiada langsung rasa bersalah di hati Datin Seri? Rasa bersalah kerana tinggal hanya untuk semalaman tetapi dengan kos yang boleh menyamai lebih kurang pendapatan selama 66 bulan bagi 40 peratus rakyat Malaysia! 40 peratus inilah rakyat yang pendapatan bulanan bagi setiap keluarga adalah lebih rendah daripada RM1500 sebulan. Bahkan setiap 3 daripada 4 keluarga ini, adalah sebangsa dengan Datin Seri, bangsa MELAYU!

Atau apakah Datin Seri tidur dengan lena malam itu?

Hingga hari ini, sudah bertahun saya tidak ke restoran Pizza Hut, McDonald dan seumpamanya. Kerana cukup dengan hanya melihat dari jauh, hadir rasa pilu mengenangkan saudara-saudara seagama, anak-anak muda seusia saya atau kanak-kanak, wanita dan orang tua yang dibunuh kejam di Palestin oleh rejim zalim Israel hasil sumbangan restoran-restoran ini.
Ia dipanggil, kasih sayang Datin Seri. Maafkan saya, tetapi saya terpaksa bertanya,apakah tiada langsung walau secebis pun rasa kasihan kepada rakyat Malaysia yang hidup serba kesusahan? Rakyat yang terpaksa melupakan impian dan keinginan kerana kesempitan hidup, namun terpaksa pula menanggung kos penginapan Datin Seri dan rombongan di luar negara untuk hanya semalaman!? Bayangkan pula kos penerbangan untuk keseluruhan rombongan selain daripada penginapan!

Peningkatan kos sara hidup waktu ini, sangatlah membebankan. Suami Datin Seri berterusan meminta seluruh rakyat berjimat, sedangkan isterinya? Hasil tindakan kerajaan pimpinan suami Datin Seri, mengurangkan subsidi untuk rakyat terbanyak sedangkan untuk para taukeh-taukeh besar dikekalkan, juga ‘penyelarasan-penyelarasan’ harga, teramatlah menyulitkan kami semua.

Sungguh Datin Seri, kami sangat terbeban meskipun harga petrol dinaikkan walau beberapa sen. Ia akan mempengaruhi seluruh kehidupan kami. Harga makanan, pakaian, kos pengangkutan dan semuanya akan semakin menyulitkan kami. Saban hari, saya melihat ibu mengeluh kerana gajinya sukar sekali untuk disimpan, ia sekadar mencukupi untuk setiap bulan.

Kami rakyat tidak meminta Datin Seri turut menaiki kereta biasa atau tinggal di rumah biasa seperti kami. Hanya yang kami rakyat pinta, supaya Datin Seri dan suami menyelami hakikat kesukaran yang terpaksa kami tempuhi.

Malangnya, tindakan Datin Seri berbelanja mewah begini adalah sama sekali tidak menggambarkan Datin Seri dan suami bersama-sama kami. Sungguh, ini amat mengecewakan saya. Sukar sekali untuk saya mewajarkannya. Maafkan saya Datin Seri, sungguh ia tidak dapat saya terima.
IFF dan ISLAM
Datin Seri yang dihormati,
Tiadalah yang lebih mengecewakan dan membangkitkan kemarahan, melainkan ketika melihat Datin Seri dan suami di Festival Fesyen Islam Monaco. Bagaimana tidak, pakaian yang diperagakan langsung tidak menggambarkan Islam!Langsung tidak menutup aurat, menampakkan bahagian-bahagian yang sepatutnya sulit dan yang paling dahsyatnya, nama RasuluLlah SAW yang mulia tertera pada pakaian yang tidak menutup aurat!

Apakah Datin Seri tidak menyedari, bagaimana kemarahan yang telah Datin Seri cetuskan? Nama RasuluLlah SAW yang mulia dihina sebegitu rupa! Namanya cukup mulia, hinggakan apabila disebut namanya, dikira manusia yang paling kikir sekiranya tidak dipanjangkan nama itu dengan selawat ke atasnya. Tiba-tiba, nama itu dihina sebegitu rupa! Bahkan, Datin Seri yang menghadapi teguran, kritikan, kecaman dan tunjuk rasa langsung tidak memohon maaf. Langsung tidak!

Sedangkan para Ulama’ masih berbahas, bagaimana cara paling baik untuk mengagungkan Manusia Mulia ini, tiba-tiba Datin Seri kelihatan meredhai perbuatan yang jelas MENGHINA Baginda Nabi SAW!

Sebenarnya, Datin Seri sudah dari awal menunjukkan kecekalan Datin Seri melanggar syariat Allah. Datin Seri tidak menutup aurat, bersentuhan, berlaga pipi dan berpelukan dengan lelaki bukan mahram yang disepakati sekalian Ulama’ sebagai perbuatan yang HARAM!

Menyentuh anjing atau khinzir, hukumnya juga Haram. Namun, hilang kotornya dengan perbuatan menyamak. Malangnya, tiada apa yang mampu ‘membersihkan’ haram dan kotornya nya menyentuh lelaki ajnabi kecuali API NERAKA!

Lalu, dengan semua perlakuan Datin Seri, apakah mungkin Datin Seri fikir kami rakyat akan menerima dakwaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kerajaan pimpinannya berusaha keras berjuang demi Islam dan bangsa. Sedangkan isterinya sendiri, tidak memelihara Akhlak dan Syariat Islam, juga adab-adab kesantunan Melayu malahan!
RAKYAT MENGIKUTI PEMIMPIN MEREKA

Kata ahli hikmah, “Agama manusia itu, di atas Pemimpin mereka”. Tinggi sahsiahnya, baik akhlaknya, ikhlas hatinya, patuh dan taat kepada Allah, maka begitulah jua rakyatnya. Rakyat akan terpengaruh dengan ketua mereka.
Malaysia hari ini, dalam keadaan yang benar-benar dahsyat bagi saya. Setiap masa perlu di dalam keadaan berjaga-jaga, kerana penjenayah menunggu kita alpa. Gerun saya melihatkan kanak-kanak yang bermain sendirian di halaman rumah, bimbang kalau-kalau ada manusia busuk hati yang berniat jahat kerana jenayah hari ini langsung tidak mengenal beza usia!

Budaya Hedonisme melampau. Nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan. Remaja Melayu Muslim tidak segan silu memakai pakaian yang jauh menyimpang daripada Islam dan adab Melayu. Tidak kekok mengogok arak di pesta-pesta jamuan nafsu. Saban hari ada sahaja kes bunuh bayi lewat pergaulan tanpa batas! Hari ini, remaja mati dengan sia-sia. Samada mati dalam ketagihan najis dadah, atau kemalangan dalam perlumbaan haram!

Bahkan seribu satu lagi, penyakit-penyakit sosial yang sedang membarah, membusuk di dalam negara tercinta!

Bukanlah saya menuding jari kepada Datin Seri dan suami, saya akui malahan, bahawa Datin Seri kelihatan cuba berusaha sedikit sebanyak bagi menangani masalah-masalah ini. Namun, hakikatnya, keadaan rakyat sesuai dengan keadaan pemimpinnya!

Manusia yang jelas disabitkan kesalahan rasuah, diangkat menjadi pemimpin! Manakala pemimpin lain yang mengkritik tindakan ini, di arah supaya tutup mulut dan diambil tindakan! Apa sudah jadi pada negara!? Sedangkan Nabi SAW bersabda, “
Apabila amanah diberikan kepada BUKAN ahlinya, maka tunggulah KEHANCURAN!

Pemimpin negara tidak memelihara adab pergaulan Islam, tidak memelihara batas aurat, berbelanja boros tanpa timbang rasa kepada rakyat, justeru, bagaimana mungkin kita mengharapkan yang baik-baik daripada rakyat?

Saya gerun melihat perkembangan ini, Datin Seri. Hari ini, kita mengeluh kerana ramainya anak-anak luar nikah yang didaftarkan. Bayangkanlah, apa yang mungkin kita keluhkan 5 atau 10 tahun akan datang!

Antara sifat agama kita, INQILABIYYAH Datin Seri. Ertinya, adil dan zalim mustahil begerak seiring. Kebenaran dan kebatilan sama sekali tidak akan bercampur. Syariat Islam dan yang bercanggah dengannya, pasti tidak akan ditemui titik temu antara keduanya. Justeru, Datin Seri berusahalah sehebat manapun untuk memperbaiki masalah sosial, gejala buang bayi dan sebagainya, selagi suami dan kerajaan Datin Seri terus mengesampingkan hukum Allah, dasar Allah, syariat Allah, maka Datin Seri tidak akan BERJAYA! Berani saya kata!

Bagaimana tidak? Datin Seri berusaha mengelakkan masalah bunuh bayi yang kita semua maklum ia bermula daripada pergaulan bebas, sedangkan hub hiburan malam, lesen judi dan konsert-konsert mega sebenarnya adalah penyumbang besar kepada masalah ini! Kerajaan pimpinan suami Datin Seri, umpama membina dan meruntuhkannya semula. Bina dan runtuh, kemudian bina dan runtuhkan lagi. Itulah kitarannya.
KUASA

Datin Seri ke luar negara untuk bertemu pemimpin negara luar, pernah juga Datin Seri menyambut kehadiran Perdana Menteri luar negara ke Malaysia, dana RM111 juta untuk PERMATA, pertemuan First Lady dan liputan-liputan meluas setiap aktiviti Datin Seri di media dalam dan luar negara, itu bagi saya menunjukkan yang Datin Seri seolah-olah punya kuasa di dalam pentadbiran negara.
Justeru, sebagai anak muda yang penuh persoalan di minda, saya bertanya dengan baik, bagaimana ini semua berlaku? Sedangkan, kami rakyat tidak pernah melantik Datin Seri sebagai pemimpin negara. Suami Datin Seri yang memimpin kerajaan yang telah dipilih rakyat melalui proses Pilihan Raya! Atau apakah dengan hanya menjadi isteri kepadanya, menjadikan Datin Seri turut berkuasa?

Datin Seri pasti tahu, berkenaan kebangkitan rakyat yang menyemarak di Timur Tengah. Kerajaan yang tidak bertimbang rasa diterjah dan dihalau rakyat! Antara isunya ialah bagaimana berkuasa dan kaya rayanya isteri kepada pemimpin-pemimpin yang telah tumbang itu.

Saya cintakan negara saya. Tidak sanggup saya melihat negara porak peranda, namun, kiranya Datin Seri berterusan mengikut jejak langkah isteri-isteri pemimpin yang tumbang itu, maka mungkin Datin Seri dan suami boleh menerima nasib yang sama. Kami rakyat semakin tidak tertanggung lagi dengan tekanan-tekanan kewangan dan keperluan hidup sekarang!

Datin Seri,
Surat ini bukanlah ancaman, bukan juga ugutan. Ia sekadar luahan rasa, nasihat dan pandangan yang cuba seorang anak muda sampaikan. Ingin benar saya ingatkan, kedudukan yang Datin Seri nikmati hari ini, adalah kerana rakyat memilih suami Datin Seri. Kuasa di tangan kami, untuk menentukan jatuh dan bangunnya Datin Seri dan suami. Dan sebenarnya, kami rakyat hanyalah ‘jalan’ bagi Allah untuk mengatur ketentuan ini, Allah jualah yang meletakkan kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendakinya.
Justeru, berbaiklah dengan kami. Patuhilah suruhan Allah. Kami tidak pinta lebih, sekadar bertimbang-rasa untuk kami.
Datin Seri yang dihormati,
Surat ini mungkin sampai ke tangan Datin Seri. Mungkin sampai sendiri, atau terhenti di tangan pembantu-pembantu Datin Seri atau tidak mampu hampir sama sekali. Kiranya ia selamat sampai ke tangan Datin Seri, saya pohon maaf, kalaulah surat kecil saya ini mengguris rasa Datin Seri. Maafkan saya, kalau ia kerana kesilapan-kesilapan bahasa dan cara penulisan. Namun, andainya Datin Seri terasa hati kerana menerima teguran, tidak akan saya pohon maaf untuk itu! Teguran ini adalah benar, justeru tiada apa yang perlu saya risaukan dengan kebenaran. Ia pasti menang dan tertegak!  (edisi Weblog M@RHAEN)

Inilah PENCAK kami! PENCAK ANAK MUDA!
Oleh: Muhammad Muizzuddin - Suara Fata

Monday 23 January 2012

aku dIsAngkakan pencuri!!~

selAmat bercuti kepada yg masih bercuti... aq nk sekolah da esok... untung lah org yg dapat cuti seminggu... eh silap? aq budak rajin,.. mana boleh cuti lame2... (padahal dalam aty nk jgak cuti seminggu..) hmm.. cuti2 niey korg wtpe?? jalan2 eyh?? sronok korg yea?? aq g balik kg jea.. smlm baru balik kajang balik... wee.. selalu aq balik kampung... xpernah la pulak tringin nk g sungai kt blkg kg aq tue... tapi kali niey.. tringin pulak nk pg... ptg ahad... ajak kakaq n adik aku pegi sungai.. xde niat pon nk mandi k ape... just saje suka2 nk amik gmbr... ceh... baik x payah kn?? masuk2 dalam air jea nk x nk mstila perasaan nk mandi tue ade... 

nk dijadikan cerita.. kt seberang sungai tue... ade lg rumah2.. kirenye rumah di hujung kg la.., mase nk jalan kt jambatan tue.. aq nampak ade sorg makcik niey tgah agkt brg2 byk.. baru balik drpd pasaraya mungkin... aq pon x kenal sape makcik tue main terjah je ajak adik aq sruh tlog makcik tue agkt brg2 dye... banyak tue brg2 dye... beras 15 kg.. mihun 1 paket esar.. n barang2 lain lagi... xpela.. tolong jela... haha.. pastu anak dye yg kcik nmpk ktaorg amik brg mak dye trus pi jerit kt mak dye ckp ktaorg pencuri....!!~ haha.. dye cakap ktaorg curi brg mak dye... aq dengan selamba dek je jalan kt makcik tue bgtau tujuan sebenar ktaorg nk tolong dye... baru la makcik tue trsenyum,.. muka yg kelat tadi pon da berubah sambil melemparkan senyuman berterima kasih.. its okay makcik.. ktaorg pun salah jugak sebab x bgtau.. tapi makcik dah jauh sgt.. acano nk pggil?? tolong jelah!!~

Wednesday 18 January 2012

hAppy bIrthdAy tO yOu.....

bulan niey entry x abis2 pasal birthday... yolah.. banyak bebeno yang lahir bulan satu... yeah... kita geng.. sep sikit... ade x sape2 yg sama birthday ngan aq?? 11/1?? ado?? kalau ade siti nurhaliza jemput kita sambut bday ngan dye skali... hadOii.. perasaan je la ko niey... by the way.. arynie bday my bestest frenz... aq nk wish kt kO....



                                                              hAppy bIrthdAy tO yOu fAtihah...


semOga panjang umur... murah rezeki... cemerlang dalam SPM n bjaye dalam hidup... aq dOakan kau berjaya kawan... terima kasih sebab jadi kawan aq selama niey... sudi dgr bila mulut becok aq da start bercerita plus memekak kt telinga kau... thanx 4 everything friend... x lupa jugak besok birthday adik aq plak... bersusun jadual birthday kitaorg... lpas sorg.. sorg... mau x kering poket aq niey.... utk adik... aq nk jadi org first yg wish kt kau... 

                                                                  hAppy bIrthdAy tO yOu syidA....


belajar rajin2... tahun niey nk PMR.. dapat 8A aq belikan barang idaman ko?? nk x??? kalau nk kena la belajar betul2... beat aq.... niey asyik pi merayap melala sana sini jea bila timenye ko nk blaja dik Oi?????


jauh di sudut hati aq.... aq mendoakan yg terbaik utk korg... utk diri aq... adik aq... kawan2 aq... semua yg mengenali diri aq atau x kenal aq...dan x lupa jugak family aq yg tercinta...!!~ 

Monday 16 January 2012

hAri-hari Di sekOlAh...~

sekolah da masuk minggu yang ketiga... hari2 da boleh bangun awal da... da x liat lagi nk bangun... da x malas lg nk tgok jam bila da pagi... ade x sape2 selain aku yg rasa bila dduk kt skola tue rasa mcm lama sgt?? ke aku sorg jea??? mesti ade kn?? aq akui bila ade subjek2 yg aku kurg minat ataupon mood x brape elok atau badan x brape nk sihat,,, 1 minit kt skola aq rase mcm da 1 jam... korg ade x rase mcm niey???


hadoiiii... payah jadiknye kalau perasaan da jadi cmni... x sabar2 nk tggu loceng balik bunyi.. rase mcm nk lari jea trus smpai rumah.. tapi apakan daya... tak tercapai langkahku utk sampai rumah... aq xde sayap.. x boleh terbang.. xde tikar ajaib yg boleh aq dduk smbil melayan angan2 yg bawak aq terbang bersama2 dengan angin... hye impian kisah dongeng yg x pasti akan jadi realiti atau fantasi semata- mata...


tahun niey SPM... aq da tekad dlm diri... da azam nk blaja sungguh2... da azam nk pegi beli jersi Malaysia yg ade tulis no 10 supaya target 10A aku alwayz in my mind... bak kata cikgu aq... dari angan2 terciptalah impian.. dari impian lah tercipta nya kenyataan... kalau xde impian dalam hidup... kita x tau ape tujuan hidup kita kn?? banyak yg da aq angan2 kan dan impikan dalam hidup aq... tinggal masa jea yg menentukan... ape2 pun aq percaya setiap yg terjadi ade hikmah di sebaliknye... smoge ape yg aq usahakan selama niey berbaloi...




                                              credit to:- IM ALWAYS ME..

Wednesday 11 January 2012

speciAl thAnk yOu...!~

firstly... thank you untuk semua family aku.... especially mak aku.. kakak and adik aq... thank yOu very2 much...   jOm nk tgok hadiah2 yg aq dapat hari niey?? x dela banyak mana... tapi cukup la untuk aq...

               



                                            dan yang akhir sekali... kek birthday aku.....!!!~
                                                                     tAdAaaaa... tue dia..


lOt's Of thAnk yOu And specIal thAnkz To all Of yOu.. my dearest fAmily and fOr sure my dearest friends... terima kasih jugak utk semua yg wish kt aq kt facebook k...hp ke... blog ke... 0ne to one k..., terima kasih semua !~

sehAri dalam setAhun yang bermAkna....!!~

assalamualaikum....  dah seminggu sekolah bukak baru arynie aku  berkesempatan nk tulis entry... busy sgt ke?? hmm... betul la tue... kerja sekolah yg bertubi-tubi dan x pernah habis tue la yg menyebabkn aq x smpat nk update blog niey... alhamdulillah... hari niey genaplah umur aku 17 tahun.. muda k da tua?? mstila da tua... bila umur da meningkat... cabaran n dugaan yg datang pon mningkat jugak... terima kasih buat semua yg wish aq start dari pkul 12 tgah malam smlm smpailah sekarang... thank you very much to all of you dear... smoge doa2 korg buat perjalan hidup aq lebih lancar bersama doa2 korg yg mengiringi aku... terima kasih semua...



terima kasih jugak buat korg yg sudi bagi aq hadiah.... terima kasih korg... so proud of them... gembira + terharu korg sanggup susah2 pasal aq... sudi belikan kek.. nyanyi ramai2 then potong kek gelak2 pastu nk kena kn kek kat tudung org... sweet moment dear... yg sudi sama2 mkn kek aq.. terima kasih...

special dedicate to all my dearest friend... 

Ain.. Fatihah... Humairah... Faiqah.. Izzah... Wani...

gOod luck untuk SPM tahun niey.. semoga korg berjaya dgn cemerlang n x lupa jugak mumtaz SMA...
aq sayang korg sangat2... frenz till forever...


tahun akhir kat SAMTEN yg pasti meninggalkan seribu satu kenangan suka dan duka kita kt sini... semua gelak tawa... air mata.. pernah menjadi tali yg mengeratkan lagi persahabatan kita... sekolah yg menjadi tempat bertemu dan berpisah nye kita kawan...


sejuta kali ucapan terima kasih yang aku ucap pun x mampu menandingi tinggi nye nilai persahabatan kita... semoga jalinan persahabatan niey akan berkekalan sampai ke akhirnye...

THANK YOU SO MUCH ! ! !~

Monday 2 January 2012

dimAnakAh silApnye???

semalam... lembaran 2012 yg dimulakan dengan pelagai cabaran dan dugaan yang cukup mencabar jiwa dan raga aq... kenapa?? from morning till night... ade jea benda yg x kena... gaduh + marah2 entah knape... thats it..!!! the day when everything goes wrong... x tau di mana salah silapnye... tapi manusia bukan malaikat... kita x mampu utk jadi perfect tanpa salah dan silap... marah?? semua org ada rasa marah... cuma ada batasnye kawan...! sabar pon ade had nye jgak.. xkn la stiap kali kita nk sabar jea tanpa menegakkn kbenaran yg kita sbenrnye x salah rite?? susah nk jumpa org yg salah pastu mgaku en?? org yg berak kt tgah jalan 2 pon walaupun xde sape nk kesah pon x nk mgaku yg dye da berak.... niey kn plak kita... ade mulut.. boleh ckp... plus plus ko nk buat adegan pilu berendam air mata plak lg yg ko kononnye x bersalah... herm... x pasal2 jea aq plak yg pegi lepak kt mamak smpai pkul 2 pagi... x pasal2 jea org cakap aq ank dara ape keluar smpai pkul dua tiga pagi.... balik2 tung tang tung tang tidur pkol 4 pagi... weyh... pasal drama swasta ko org lain yg x bersalah pon terlibat... apehal la kau niey??? luka.. walaupun da sembuh parut masih ade...



its okay not to be perfect... 2012... ape yg x kena niey??

                                                                                                                      


                                                                                                         

Sunday 1 January 2012

its just thE beginnIng!!



assalamualaikum semua...~ mcm mne ary ptame tahun baru?? suka?? duka?? seronok atau sedih?? tahun baru yg pasti akan mninggalkn seribu satu kenangan baru dlm diri kita... knangan yg lepas... jadikan sbgai pgajaran dlm hidup supaya lebih bersikap sabar, matang dan rasional dalam mmbuat keputusan....  

hari pertama aq tahun niey diwarnai dengan seribu satu kisah yang tersingkap... sedih sebab ary ptame tahun baru ade yg bermula dgn lembaran kesedihan dan pergaduhan.... gembira disamping pertelingkahan yg hanya disebabkan salah faham perkara yg kecik akhirnye mnimbulkan permasalahan... ada gelak tawa memori yang lepas tersingkap dengan senyuman.... knape korg yg beria2 gaduh?? padahal aq rasa ktaorg lebih layak untuk  marah + sakit ati....2012... please be nice tO me dear.... 




x lupa jugak utk cousin aq yg lahir 1/1 niey... spcial hAppy birthdAy tO yOu.... 
             ------> ZALIKHA ZAHIDAH BINTI MUHD ASRAM <-------
smoge pnjang umur... murah rezeki n brjaye dlm hidup... may Allah bless u alwayz...

welcOme tO my life 2012.....









As life gOes on...., i'm stArting tO leArn mOre n mOre AbOut responsibility..

I reAlize everything I dO is Affecting peOple ArOund me.. 



sO I wAnt tO tAke this time Out tO ApOlOgize fOr things I hAve dOne.. 


i'm tAking this liberty tO wish everyOne A wOnderfulness yeAr.. 


mAy this new yeAr 2012 be better thAn Ones befOre.. 


dO fOrgive me fOr All my wrOng dOings, 


we are merely human.. let's fOrgive n fOrget..

happy new yeAr all !!.     


mAy ALLAH bless us.. aminn..!!!!~




                                                            -------> ~WELCOME 2012~<--------